Tular Video Kanak-Kanak Didakwa Dirotan Ahli GISB, Polis Terima Laporan

1 month ago

Tular Video Kanak-Kanak Didakwa Dirotan Ahli GISB, Polis Terima Laporan

Baru-baru ini tular satu klip video rakaman yang memaparkan beberapa orang kanak-kanak yang didakwa di bawah jagaan GISB Holding (GISBH) dirotan hampir 10 kali atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Rata-rata semua pengguna media sosial merasa berang dan marah apabila melihat video tersebut. Mereka dirotan tanpa belas ihsan sehingga ada yang menangis.

Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kanak-kanak tular dirotan berulang kali dipercayai dilakukan ahli GISB Holding (GISBH).

Binatang... Sumber video : Info semasa

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pengadu yang juga bapa mangsa melaporkan telah dipisahkan dengan kanak-kanak itu sejak 2021 dengan anaknya. Jelasnya, kertas siasatan yang dibuka masih lagi dalam tindakan siasatan.

“Dalam perkara ini, bapa mangsa yang dirotan dalam video yang ditularkan turut membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, Johor selain di Kuala Lumpur.

“Pengadu mengesahkan kanak-kanak di dalam video yang tular itu adalah anaknya yang telah dipisahkan sejak tahun 2021,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Jelas beliau, dua kertas siasatan telah dibuka dan diklasifilkasikan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Rileklah ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description