Polis Jasin potong bekalan elektrik di lima premis judi haram

1 hour ago

Polis Jasin potong bekalan elektrik di lima premis judi haram

JASIN: Lima premis yang menjalankan kegiatan perjudian di daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata tindakan itu dilakukan bagi melumpuhkan aktiviti perjudian haram terutama melibatkan judi dalam talian.

“Berdasarkan risikan, dua premis disyaki menjalankan aktiviti loteri awam tanpa lesen dan tambah nilai judi dalam talian manakala tiga lagi premis menjalankan penjualan tambah nilai judi dalam talian.

“Kesemua premis berkenaan baru dibuka dan kali pertama digempur, selain terdapat beberapa tangkapan melibatkan individu yang menjalankan aktiviti perjudian itu dilakukan dalam serbuan berkenaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan pemotongan elektrik dilakukan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan polis terus bekerjasama dengan TNB untuk menggempur premis yang menjalankan aktiviti perjudian di sekitar daerah itu.

Ahmad Jamil turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti judi haram supaya menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from The Sun Daily ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description