Selangor laksana gaji minimum RM1,700 mulai tahun depan
1 hour ago
SHAH ALAM - Selangor bakal melaksanakan penyelarasan kadar gaji minimum kepada RM1,700 bermula pada tahun depan seiring dengan pelaksanaannya di peringkat Persekutuan.
Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor, V Papparaidu berkata, antara pendekatan akan digunakan adalah melalui penguatkuasaan undang-undang bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Ujarnya, selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan sokongan bantuan kepada syarikat mikro, kecil dan sederhana agar dapat mengadaptasi perubahan tanpa menjejaskan operasi.
Jelasnya, kerjasama turut dilakukan bersama badan berkanun dan sektor swasta untuk menggalakkan pemberian gaji yang adil dan berpatutan di samping mengambil kira keadaan ekonomi serta kadar inflasi.
"Syarikat yang mendapat kontrak kerajaan negeri juga dipastikan mematuhi gaji minimum ditetapkan. Namun, pelaksanaan memerlukan pemantauan berterusan dan kesedaran semua pihak.
“Kadar kenaikan gaji itu juga adalah seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan perniagaan di negeri ini,” ujarnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Khamis.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting menjawab pertanyaan Jefri Mejan (PN – Ijok) mengenai pendekatan kerajaan negeri untuk memastikan kadar gaji minimum RM1,700 dilaksanakan di negeri ini.
Papparaidu turut menjelaskan, berdasarkan penemuan Survei Gaji dan Upah (SGU) dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati purata pendapatan bagi Selangor adalah RM3,737 seterusnya meletakkan Selangor di tempat ketiga purata gaji dan upah tertinggi.
"Ini juga menjadikan Selangor antara negeri yang melepasi paras purata nasional pada RM3,212 selain Putrajaya, Kuala Lumpur, Labuan dan Pulau Pinang," tambahnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang Belanjawan Madani 2025 pada bulan lalu mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa mulai 1 Februari tahun depan....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️