DeepSeek Melancarkan Pula Model Janus-Pro-7B Yang Boleh Menjana Imej

1 day ago

DeepSeek Melancarkan Pula Model Janus-Pro-7B Yang Boleh Menjana Imej
DeepSeek ialah nama syarikat China yang kini menggegarkan dunia kecerdasan buatan (AI) kerana mereka mendakwa berjaya melatih model-model AI mereka dengan kos yang beribu kali ganda lebih rendah menggunakan perkakasan kurang berkuasa disebabkan oleh halangan teknologi Amerika Syarikat. Selepas DeepSeek R1 dilancarkan Disember lalu, hari ini mereka melancarkan pula model Janus-Pro-7B yang boleh menjana dan memahami imej yang dipandang.

Janus-Pro-7B juga turut dikatakan mempunyai kemampuan yang lebih tinggi berbanding DALL-E oleh OpenAI dan Stable Diffusion oleh Stable Diffusion. Kemampuan menjana imej ini dipadankan pula dengan kemampuan memahami apa yang dipandang membolehkan ia digunakan pada robot yang melakukan proses automasi di kilang. Model terkini Janus-Pro-7B boleh diakses menerusi laman hari ini.

Kekuatan industri pembuatan China terletak pada kos yang lebih rendah pada skala lebih besar sehingga sukar ditandingi negara lain. Kini kemampuan yang sama juga nampaknya digunapakai oleh China dalam pembangunan AI tempatan. Ini menjadi sebab utama Amerika Syarikat semakin menyekat akses kepada CPU dan GPU berkuasa tinggi kepada negara bukan sekutu rapat bagi memastikan ketuanan mereka dalam AI tidak diancam.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description