Ulasan Sonos Arc Ultra dan Sub 4 - Audio Bangsawan Yang Menawan
1 day ago
Tidak seperti Sonos Sound Ray, Arc Ultra ialah abang besar yang dengan saiz 1.178 x 110.6 x 75 mm dan seberat 5.9 kilogram. Walaupun lebih besar berbanding Sound Ray, ia sedikit lebih kecil jika dibandingkan dengan baru-baru ini.
Sebagai pengguna baharu Sonos, saya tidak mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi lama. Saya hanya boleh katakan ciri yang diberikan dalam aplikasi adalah memuaskan kerana terdapat ciri-ciri asas dan juga lebih kompleks seperti mengubah keseimbangan audio Arc Ultra dan Sub 4 terus dari dalam aplikasi. Terdapat tetapan EQ dan juga pilihan menambah perkhidmatan penstriman muzik pilihan.
Isu yang saya hadapi hanyalah satu sahaja iaitu terdapat lengah masa yang ketara apabila menukar lagu dari dalam aplikasi sebelum audio muncul di sistem audio. Ini berlaku tanpa mengira perkhidmatan apa yang digunakan. Spotify, Apple Music dan YouTube Music semuanya bermasalah. Kadang kala penstriman terhenti lebih-lebih lagi jika saya menstrim lagu daripada Apple Music menerusi telefon Android.
Kerana isu-isu di atas, saya hanya menguji kemampuan mendengar muzik pada sistem Arc Ultra dan Sub 4 menggunakan tambatan bluetooth. Dalam mod bluetooth semuanya berjalan jauh lebih lancar. Tiada lagi isu lengah masa audio dan penstriman terhenti secara mengejut. Ini juga membolehkan sistem audio menstrim muzik tanpa internet jika muzik semuanya tersimpan dalam peranti yang ditambat.
Kualiti AudioArc Ultra lebih kompak saiznya berbanding soundbar lain di pasaran. Maka pada awalnya wujud perasaan ia mungkin tidak mampu menawarkan tahap lontaran audio yang sebaik Q990C. Tetapi ramalan saya meleset kerana audio yang mampu dihasilkan adalah setanding. Dengan sokongan Dolby Atmos pengalaman diri dikelilingi audio dari pelbagai arah dapat dinikmati. Sungguhpun begitu dengan mod Speech Enhancement, dialog yang diucapkan oleh watak dalam filem atau siri TV akan diberikan keutamaan.
Ini saya uji sendiri dalam filem Saving Private Ryan dan Band of Brothers. Dialog pelakon dapat didengari dengan jelas walaupun ketika babak letupan yang memekakkan telinga. Bercakap mengenai audio yang boleh memekakkan telinga, terdapat Night Mode yang akan mengurangkan dentuman bass sehingga boleh menggangu orang lain di rumah atau lebih penting sekali jiran tetanggam.
Jika ini masih lagi tidak mencukupi, audio daripada Arc Ultra boleh dilontar ke Sonos Ace dengan menekan satu butang sahaja pada fon telinga ini. Tidak ada sistem audio lain di pasaran memberikan kemudahan berpindah dari sebatang soundbar ke ke sepasang fon telinga.
Perkara yang lain saya gemari mengenai soundbar Sonos ialah ia serasi digunakan bukan sahaja untuk kandungan filem dan siri TV tetapi juga untuk menstrim kandungan muzik. Ia tidak terhad hanya untuk genrasi klasikal sahaja sepert majoroti soundbar yang pernah saya ulas. Pelbagai genre boleh dimainkan pada Arc Ultra tanpa sebarang isu. Vokal lantas jelas dan gemersik. Pemisahan instrumen dilakukan dengan cemerlang dan pementasan audionya pula terasa luas.
Memainkan konsert Nirvana Unpluggged in New York dan Portishead Live from Roseland NY memberikan pengalaman seperti saya benar-benar sedang menonton dua konsert ini secara langsung. Konsert Metallica S&M menunjukkan betapa versatilnya Arc Ultra kerana muzik metal Metallica dapat dimainkan dengan seimbang bersama dengan orkestra lengkap di latar belakang.
Tetapi ada satu sahaja kekurangan yang saya sedari iaitu jika filem dengan Dolby Atmos dimainkan, audio yang sepatutnya datang dari arah belakang dan di atas tidak kedengaran realistik. Walaupun Arc Ultra mempunyai beberapa woofer lontaran audio ke sisi dan ke atas, ia masih lagi sekadar memberikan kesan simulasi. Ia tidak sama seperti mempunyai speaker sebenar. Oleh itu sepasang speaker Sonos Era 300 perlu ditambah dengan setiap satunya dijual pada harga RM2,239. Untuk sebuah sistem Dolby Atmos lengkap anda perlu berbelanja lebih RM15,000!
KesimpulanTidak dapat dinafikan kombinasi Sonos Arc Ultra dan Sub 4 mampu menawarkan pengalaman audio yang amat memuaskan bagi mereka yang ingin sistem audio ala panggung wayang di rumah. Saiz sistem audio ini adalah lebih kompak dibandingkan dengan pesaing berkemampuan sama. Sokongan sistem Dolby Atmos serta ekosistem fon kepala Sonos Ace memberikan kelebihan kerana tiada soundbar lain di pasaran membolehkan audio dipindahkan terus ke sepasang fon telinga menggunakan satu butang sahaja.
Tetapi dengan kombinasi harga hampir RM11,000, saya merasakan ia adalah harga yang amat premium bagi kebanyakan pembaca di luar sana. Harga memang tahap bangsawan tetapi pengalaman audionya memang menawan. Cuma hakikatnya ia di pasaran sekarang terdapat beberapa sistem soundbar oleh Sony, Samsung dan JBL yang memberikan pengalaman audio yang tidak kurang hebatnya pada harga sekitar 40% sahaja berbanding kombinasi Arc Ultra dan Sub 4.
Harus juga disentuh pengalaman aplikasi Sonos pada ketika ini masih tidak begitu lancar di iOS dan Android. Kami sarankan set audio Sonos ini hanya kepada golongan peminat tegar yang mampu memilikinya. Kepada orang, alternatif di luar sana tidak kurang hebatnya dengan harga lebih mesra ekonomi semasa.
Pro
Rekaan menarik dan kontemporari. Prestasi audio yang baik untuk kandungan filem, siri TV dan muzik. Akhirnya sokongan bluetooth. Sokongan Dolby AtmosKontra
Tiada sokongan input kabel audio. Aplikasi masih lagi bermasalah. ]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free