404 :( | - A Community News Platform Run By Young Malaysians

1 hour ago

404 :( | - A Community News Platform Run By Young Malaysians
Kieda Crepe kongsi Pandangan 'Food Reviewer' Komen Negatif, Minta Guna Kelebihan Bantu Perniagaan Orang Lain. | WeirdKaya

Usahawan dan pempengaruh Kieda Crepe, berkongsi pendapat tentang isu melibatkan seorang pencipta kandungan dan food reviewer yang sedang tular di media sosial.

Menerusi hantaran Kieda di TikTok, dia menjalani sesi temu bual secara dalam talian bersama salah satu syarikat radio tanah air mengupas isu review negatif yang boleh menjatuhkan perniagaan orang lain.

Usahawan itu menjawab persoalan apabila ditanya adakah review negatif memberi kesan kepada peniaga memandangkan produknya juga pernah terbabit dengan isu sebegini.

“Bagi pelanggan lama untuk Kieda tiada kesan tapi dia akan beri kesan kepada pelanggan yang baru nak cuba ataupun dia beri kesan untuk pelanggan yang tak mahu mencuba tetapi meluat dengan saya, dia jadi tambah lagi bara,” ucap Kieda.

Dalam pada itu, Kieda juga memberi nasihat agar food reviewer lebih menjaga sensitiviti peniaga dan memberi saranan cara teguran yang betul jika makanan yang dirasa tidak sedap.

“Kalau betul orang nak menegakkan kita, mereka boleh terus cari kita sebab yang akan membetulkan rasa makanan itu menjadi sedap adalah peniaga.

“Mungkin ada yang baru mulakan perniagaan, ada buat kesalahan untuk dapatkan produk yang betul-betul terbaik, kita sebagai food reviewer yang boleh menaikkan perniagaan orang, lebih baik sebelum kita viralkan benda tu beritahu peniaga terlebih dahulu sebelum ia menjadi lebih negatif untuk mereka tempuhi,” ucap Kieda lagi.

Selain itu, Kieda juga berpesan jika ada yang ingin membuat review makanan lebih baik terus ke HQ untuk membeli makanan dan jangan dapatkan di personal shopper kerana kualiti makanan mungkin sudah tidak sama.

“Food reviewer kalau nak rasa boleh pergi ke HQ jangan beli di tangan-tangan orang lain dan bila kata tak sedap terus nak menghentam dan mengecam.

“Benda ni akan memberi kesan kepada pelanggan yang baru nak mencuba dan orang yang tidak suka kita memang menunggu waktu begini untuk menjatuhkan. Untuk food reviewer memang penting untuk jujur tetapi lebih baik jujur dekat owner untuk improve sebab kadang-kadang tak semua perniagaan itu berjaya.

Terbaik jawapan Kieda, tiada nak menjatuhkan peniaga lain… Netizen ni bab nak kondem orang nombor syatuuu semua serba tak kena????

Kieda Crepe kongsi Pandangan 'Food Reviewer' Komen Negatif, Minta Guna Kelebihan Bantu Perniagaan Orang Lain. | WeirdKayaKieda Crepe kongsi Pandangan 'Food Reviewer' Komen Negatif, Minta Guna Kelebihan Bantu Perniagaan Orang Lain. | WeirdKayaKieda Crepe kongsi Pandangan 'Food Reviewer' Komen Negatif, Minta Guna Kelebihan Bantu Perniagaan Orang Lain. | WeirdKayaKieda Crepe kongsi Pandangan 'Food Reviewer' Komen Negatif, Minta Guna Kelebihan Bantu Perniagaan Orang Lain. | WeirdKaya

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya bersetuju dengan pendapat Kieda dan ada juga yang memuji usahawan itu kerana sentiasa tampil positif biarpun serin menerima kecaman daripada netizen.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from WeirdKaya ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description