Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
1 day ago

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembinaan bergelar Datuk mengalami kerugian sebanyak RM26.7 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan mata wang kripto yang ditawarkan melalui aplikasi UVKXE.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.
“Mangsa kemudian menekan pautan yang disertakan dan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ‘12 Gathering Stocks Into Gold’. Dia diajar mengenai pelaburan oleh seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Professor Stanley Lim’.
“Terpedaya dengan janji-janji keuntungan yang ditawarkan, mangsa memuat turun aplikasi UVKXE bagi memulakan pelaburan,” katanya pada sidang media JSJK di Menara KPJ di sini hari ini.
Katanya mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, semalam.
Ramli berkata antara 17 Okt hingga 24 Disr tahun lepas, mangsa telah membuat sembilan pindahan wang ke sembilan akaun bank berbeza, yang didaftarkan atas nama pelbagai syarikat, dengan jumlah keseluruhan transaksi bernilai RM26.6 juta.
“Mangsa membuat semakan pada awal tahun ini dan mendapati akaun pelaburannya mencatatkan keuntungan sehingga 269,247,546.68 USDT (mata wang kripto), bersamaan kira-kira RM1.2 bilion.
“Bagaimanapun, ketika ingin mengeluarkan wang keuntungan tersebut, mangsa diarahkan untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM5.56 juta atas alasan cukai,” katanya.
Menurutnya siasatan mendapati lima akaun bank syarikat yang digunakan dalam kes ini turut dikaitkan dengan 38 kes penipuan lain.
“Setakat ini, sebanyak 46 laporan polis telah diterima berkaitan skim penipuan pelaburan UVKXE dengan nilai kerugian keseluruhan sebanyak RM61,459,449.88,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free