Isteri hamil serang, bunuh perempuan simpanan suami
1 hour ago
BANGKOK - Seorang wanita hamil tujuh bulan bertindak membunuh perempuan simpanan suaminya selepas menyerang mangsa dalam kejadian di sebuah resort di Thailand.
Menurut media Thairath, polis menerima laporan mengenai pergaduhan di resort berkenaan pada jam 7.10 pagi, Ahad lalu.
Dalam satu rakaman video tular, mangsa yang tidak sedarkan diri ditemui terbaring di atas tanah selepas pertengkaran berlaku.
Sejurus itu, si isteri bersama seorang lagi wanita mengheret mangsa masuk ke dalam sebuah bilik di resort terbabit.
Seorang lelaki kemudian dilihat mengangkat mangsa yang berada dalam keadaan lemah ke atas motosikal dan membawanya ke hospital berhampiran.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.
Susulan itu, pihak polis kemudian menemui si isteri dalam keadaan tertekan di lokasi kejadian dan menahannya untuk siasatan lanjut.
Seorang kakitangan resort memaklumkan, lelaki terbabit bersama perempuan simpanannya telah mendaftar masuk ke resort pada malam sebelumnya.
Isterinya pula berjaya mengesan mereka keesokan paginya sebelum kejadian tragis itu berlaku.
Polis tempatan berkata, wanita itu akan didakwa atas kesalahan mencederakan sehingga menyebabkan kematian.
Sementara itu, menurut laporan media Channel 7, rakan kepada mangsa memaklumkan bahawa dia baru seminggu mengenali lelaki tersebut.
“Lelaki itu dakwa sudah berpisah dengan isterinya, tetapi dia (mangsa) menerima mesej ugutan daripada si isteri.
“Apabila dia tanya, lelaki itu meyakinkannya bahawa hubungan perkahwinan sudah berakhir. Dia (mangsa) sudah merayu untuk tidak dipukul dan berjanji akan memutuskan hubungan, tetapi isterinya tetap meneruskan serangan,” kata rakan mangsa.
Dalam pada itu, ibu mangsa pula menyuarakan rasa sedih atas kehilangan anaknya dan terkejut kerana tiada sesiapa yang menghentikan pertengkaran ketika sedang berlaku.
Dia turut kesal kerana lelaki yang menjadi punca konflik tidak berusaha meleraikan pergaduhan.
“Dia ada anak seorang, baru berusia setahun,” ujar ibu mangsa.
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️