Masalah brek punca lori terbabas, pemandu cedera

1 hour ago

Masalah brek punca lori terbabas, pemandu cedera
NILAI - Masalah brek dipercayai menjadi punca sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil hilang kawalan lalu terbabas di lampu isyarat Jalan Nilai-Labu, di sini pada Jumaat. Video kejadian itu yang tular di media sosial memaparkan lori terbabit dipandu laju ketika melalui lampu isyarat berkenaan dan melanggar bahagian tepi sebuah kereta yang datang dari arah kanan. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, Kaunter Aduan Trafik Nilai telah menerima maklumat kejadian jam 12.13 tengah hari. "Siasatan awal mendapati, semasa kejadian lori itu dari arah Labu menghala ke Sepang. "Apabila sampai di tempat kejadian, lori berkenaan yang dipandu lelaki tempatan berusia lewat 30-an dipercayai mengalami masalah brek telah hilang kawalan dan terbabas semasa membelok ke kiri," katanya. Menurutnya, lori tersebut turut melanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 30-an yang datang dari arah kanan. Jelasnya, insiden itu menyebabkan pemandu lori cedera di kepala dan telah dihantar untuk mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. "Pemandu kereta itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Daerah Nilai di talian 06-7904389 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Rosliza Mohd Ludin di talian 010-4554359," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description