Melindungi spesies terancam adalah tanggungjawab negara (Malay/English)
1 day ago
[ENGLISH VERSION BELOW] Bersempena dengan Hari Spesies Terancam, yang disambut setiap tahun pada Jumaat ketiga bulan Mei, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan dan NGO untuk bersama-sama mempromosikan kesedaran dan mengambil langkah konkrit untuk melindungi spesies terancam Malaysia.
Menangani ancaman terhadap spesies ini memerlukan pendekatan holistik yang berasaskan sains, dipacu oleh komuniti dan disokong dengan dasar.
Malaysia diiktiraf sebagai salah satu negara dengan kepelbagaian biologi yang paling banyak di Asia, dengan lebih 2,000 spesies endemik (asli).
Walau bagaimanapun, kebanyakan hidupan liar negara semakin terancam, terutamanya disebabkan oleh kemusnahan habitat yang disebabkan oleh penebangan hutan, kematian di jalan raya, pencemaran alam sekitar, pemburuan haram dan perdagangan haram hidupan liar.
Antara haiwan Malaysia yang terancam ialah harimau Malaya, dengan kurang daripada 150 ekor lagi yang masih ada, tapir Malaya, orang utan Borneo, dengan kira-kira 104,700 ekor, gajah Asia, dengan anggaran 2,351 hingga 3,066 di hutan, dan gajah Borneo, dengan kurang daripada 1,000 ekor di Sabah. Cencurut hitam (black shrew) juga sangat terancam, dengan hanya satu spesimen pernah dikumpulkan di Gunung Kinabalu, dengan ini dibimbangkan bahawa ia mungkin sudah pupus.
Di peringkat global, lebih daripada 47,000 spesies flora dan fauna kini terancam dengan kepupusan. Kelangsungan hidup spesies ini secara intrinsik dikaitkan dengan spesies kita sendiri, kerana penurunannya boleh membawa kepada ketidakseimbangan ekologi yang serius. Contohnya, pengurangan populasi katak dan burung boleh mengakibatkan peningkatan serangan serangga, menjejaskan pertanian dan keterjaminan makanan.
Peringatan yang tragis mengenai krisis ini berlaku baru-baru ini dengan kematian seekor anak gajah di Lebuhraya Timur-Barat Gerik-Jeli di mana kita menyaksikan ibunya yang bersedih. Insiden ini mendedahkan ancaman yang berterusan kematian di jalan raya akibat daripada meluaskan rangkaian jalan raya yang membelah habitat hidupan liar atas nama pembangunan ekonomi.
Sejak 2020, sekurang-kurangnya 2,361 haiwan dilaporkan mati akibat perlanggaran kenderaan di seluruh negara, termasuk spesies terancam seperti harimau, harimau kumbang, tapir dan gajah. Jumlah ini dijangka akan meningkat melainkan tindakan segera diambil.
Malaysia adalah penandatangan kepada Rangka Kerja Kepelbagaian Biologi Global Kunming Montreal, di mana dasar kebangsaan kepelbagaian biologi untuk 2022-2030 telah diselaraskan dengan rangka kerja tersebut.
Salah satu matlamat rangka kerja tersebut ialah menghentikan kepupusan spesies terancam oleh manusia bertujuan untuk mengurangkan kadar kepupusan, populasi spesies liar asli dipulihkan kepada tahap yang sihat dan berdaya tahan dan kepelbagaian genetik spesies liar dan domestik dilindungi. Justeru itu, Malaysia jelas komited terhadap matlamat ini. Dalam melakukan demikian, perlu ada usaha yang serius dalam memahami punca krisis ini.
Kami menggesa pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengutamakan perlindungan dan pemulihan habitat. Hentikan pemecahan atau fragmentasi hutan atas nama pembangunan. Pemecahan hutan mengganggu habitat dan kepelbagaian biologi yang membawa kepada apa yang kini kita lihat secara berleluasa kematian di jalan raya dan konflik hidupan liar-manusia. Pembangunan ekonomi adalah perlu bagi negara seperti Malaysia, tetapi ia tidak boleh dilakukan dengan mengorbankan spesies terancam dan kepupusan spesies.
Di luar alasan praktikal dan ekonomi bagi melindungi biodiversiti, perlu ada etika. Setiap spesies mempunyai nilai intrinsik dan hak untuk wujud. Aktiviti manusia seharusnya tidak menjejaskan kelangsungan hidup kehidupan lain.
Kami menggesa kerajaan untuk meluaskan lagi kawasan perlindungan seperti taman negara dan hutan simpan, memulihkan habitat yang terosot melalui penghutanan semula, dan segera menyambung semula ekosistem yang dipecah-pecahkan.
Mewujudkan koridor ekologi, seperti jejambat, terowong dan jambatan hidupan liar, adalah penting bagi membolehkan laluan hidupan liar yang selamat merentasi jalan dan ladang. Mewujudkan koridor ini juga bermakna memantau dan menyelenggara laluan ini untuk memastikan ia berfungsi dengan secukupnya.
Selanjutnya, hutan simpanan kekal sedia ada tidak boleh dinyahwartakan dan semua koridor ekologi yang tidak diwartakan dan kawasan sensitif alam sekitar mestilah diwartakan dengan segera.
Konflik manusia-hidupan liar juga mestilah ditangani. Manual dan garis panduan pengurusan konflik manusia-hidupan liar semasa dan garis panduan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) adalah sangat tidak mencukupi kerana ia hanya menumpukan kepada mengurangkan potensi konflik dan bukannya menangani punca utama, seperti perubahan guna tanah, taburan hidupan liar yang diubah dan perubahan iklim.
Ketidakcukupan ini ditunjukkan lagi dengan ketiadaan dasar dan laluan yang jelas bagi pemindahan dan pengenalan semula hidupan liar, walaupun ia kerap digunakan oleh agensi.
Mana-mana penyelesaian atau strategi mitigasi yang direka juga mestilah berkesan dalam menyelesaikan masalah seperti yang ditonjolkan oleh kejadian berterusan kematian jalan raya, yang menimbulkan ancaman ketara kepada pelaksanaan koridor hidupan liar sebagai strategi pelaksanaan.
Kerajaan juga perlu bergantung kepada pengetahuan ekologi tradisional yang dipegang oleh Orang Asli dan komuniti tempatan luar bandar lain untuk menguruskan konflik manusia-hidupan liar. Pengetahuan ini sebagai badan terkumpul pengetahuan dan kepercayaan tentang hubungan makhluk hidup antara satu sama lain dan dengan persekitaran mereka adalah bernilai untuk memahami dan mengurangkan konflik manusia-hidupan liar.
Mengintegrasikan pengetahuan ekologi tradisional dengan pengetahuan saintifik membawa kepada pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai isu-isu dan boleh menghasilkan pelaksanaan tindakan mitigasi yang relevan dari segi sosial dan budaya terutamanya jika konflik manusia-hidupan liar melibatkan komuniti orang asli dan luar bandar. Komuniti boleh dilatih dalam strategi pencegahan dan penyelesaian konflik yang tidak membawa maut. Komuniti yang terjejas mestilah diberikan pampasan yang adil untuk menggalakkan kewujudan bersama hidupan liar.
Penguatkuasaan yang lebih tegas Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 adalah penting. Ini perlu disokong oleh peningkatan pembiayaan dan kakitangan bagi Perhilitan, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan unit penguatkuasaan hidupan liar. Alat teknologi seperti perangkap kamera, dron dan kolar GPS perlu digunakan bagi usaha pemantauan dan anti-pemburuan haram. Usaha ini mestilah disokong oleh hukuman yang lebih ketat dan pendakwaan pantas bagi jenayah hidupan liar.
Pendidikan hidupan liar juga perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan sekolah memandu untuk meningkatkan kesedaran mengenai risiko kematian di jalan raya. Kempen awam boleh digunakan untuk memaklumkan dan menggerakkan masyarakat secara amnya.
Komuniti saintifik juga memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif ini. Penyelidik mestilah menjalankan tinjauan populasi dan kajian genetik dengan kerap, terutamanya bagi spesies yang sukar difahami seperti cencurut hitam. Penjejakan GPS dan bioakustik boleh membantu memantau pergerakan dan tingkah laku hidupan liar, manakala penilaian kesan infrastruktur boleh memaklumkan perancangan mitigasi.
Akhir sekali, pembaharuan dasar dan infrastruktur diperlukan segera. Perancangan guna tanah yang mampan mestilah mengutamakan koridor biodiversiti.
Perlindungan biodiversiti perlu menjadi kunci dan tidak boleh dikorbankan semata-mata untuk keuntungan atau bagi memenuhi kepentingan ekonomi jangka pendek.
Dalam era di mana kemerosotan alam sekitar berleluasa, menjaga kepelbagaian biologi bukan sekadar kewajipan moral tetapi komponen penting untuk memastikan kesihatan dan kemampanan jangka panjang planet ini.
Melindungi spesies terancam Malaysia bukan sahaja kewajipan moral tetapi tanggungjawab negara. Tindakan segera dan berterusan diperlukan untuk memastikan generasi akan datang mewarisi negara yang kaya dengan biodiversiti dan keseimbangan ekologi.
Jika tidak ada apa yang dilakukan sekarang, maka hidupan liar Malaysia yang terancam akan memasuki pusaran kepupusan. – CAP/SAM
English version
Protecting Malaysia’s endangered species: A national responsibilityIn conjunction with Endangered Species Day, observed each year on the third Friday of May, the Consumers’ Association of Penang (CAP) and Sahabat Alam Malaysia (SAM) urge the government and NGOs to jointly promote awareness and take concrete steps to protect Malaysia’s endangered species.
Addressing the threats to these species requires a holistic approach that is science-based, community-driven and policy-supported.
Malaysia is recognised as one of the most biodiverse countries in Asia, with over 2,000 endemic (native) species.
However, much of the country’s wildlife is increasingly threatened, primarily due to habitat destruction caused by deforestation, roadkill, environmental pollution, poaching and illegal wildlife trade.
Among Malaysia’s endangered animals are the Malayan tiger, with fewer than 150 individuals remaining, the Malayan tapir, the Bornean orangutan, with around 104,700 individuals, the Asian elephant, with an estimated 2,351 to 3,066 in the wild, and the Bornean elephant, with fewer than 1,000 in Sabah. The black shrew is critically endangered, with only one specimen ever collected on Mount Kinabalu, and there is concern it may already be extinct.
Globally, more than 47,000 species of flora and fauna are currently threatened with extinction. The survival of these species is intrinsically linked to our own, as their decline can lead to serious ecological imbalances. For example, a reduction in frog and bird populations can result in increased insect infestations, affecting agriculture and food security.
A tragic reminder of this crisis occurred recently with the death of a baby elephant on the Gerik-Jeli East-West Highway, where we witnessed its grieving mother. This incident highlights the persistent threat of roadkill – a consequence of expanding road networks that cuts through wildlife habitats in the name of economic development.
Since 2020, at least 2,361 animals were reported to have died from vehicle collisions across the country, including endangered species such as tigers, panthers, tapirs and elephants. This number is expected to rise unless immediate action is taken.
Malaysia is a signatory to the Kunming Montreal Global Biodiversity Framework with which our national policy on biological diversity for 2022-30 has been aligned. The goal of this framework is to halt the human-induced extinction of threatened species in order to reduce extinction rates, to restore the population of native wild species to healthy and resilient levels, and to safeguard the genetic diversity of wild and domestic species. Hence, Malaysia has clearly committed to this goal. In doing so, there must be serious efforts in understanding the root causes of this crisis.
We urge the relevant authorities to prioritise habitat protection and restoration. Stop fragmenting forests in the name of development. The fragmentation of forests disrupts habitat and biodiversity leading to what we now rampantly see – roadkill and human-wildlife conflicts.
Economic development is necessary for a country like Malaysia, but it cannot be done at the expense of endangering species and allowing them to go extinct.
Beyond the practical and economic reasons for protecting biodiversity, there is an ethical imperative. Every species has an intrinsic value and a right to exist. Human activities should not compromise the survival of other life forms.
We urge the government to expand protected areas such as national parks and forest reserves, restore degraded habitats through reforestation, and urgently reconnect fragmented ecosystems.
Establishing ecological corridors, such as viaducts, tunnels and wildlife bridges, is crucial for enabling safe wildlife passage across roads and plantations. Establishing these corridors also mean monitoring and maintaining these passages to ensure that they are adequately working.
Further, existing permanent reserved forests must not be degazetted and all non-gazetted ecological corridors and environmentally sensitive areas must be gazetted immediately.
Human-wildlife conflict must also be addressed. The current human-wildlife conflict management manuals and guidelines by the Department of Wildlife and National Parks (DWNP) are grossly inadequate as they primarily only focus on mitigating potential conflicts rather than addressing the root causes, such as land-use change, altered wildlife distributions and climate change.
This inadequacy is further exemplified by the lack of a clear policy and pathway for translocation and reintroduction of wildlife, despite its frequent use by the agency.
Whichever solution or mitigation strategy designed must also be effective in solving the problem as highlighted by the persistent incidences of roadkill, posing significant threat to implementation of wildlife corridors as an implementation strategy.
The government should also rely on traditional ecological knowledge held by Indigenous and other rural local communities to manage human-wildlife conflict. This knowledge, as the cumulative body of knowledge and beliefs about the relationship of living beings with one another and with their environment, can be invaluable for understanding and mitigating human-wildlife conflict.
Integrating traditional ecological knowledge with scientific knowledge leads to a more comprehensive understanding of the issues and can result in the implementation of socially and culturally relevant mitigation actions especially if the human-wildlife conflict involves Indigenous and rural communities. Communities can be trained in non-lethal deterrents and conflict resolution strategies. Affected communities must be fairly compensated to encourage coexistence with wildlife.
Stronger enforcement of the Wildlife Conservation Act 2010 is essential. This should be supported by increased funding and personnel for the DWNP, the Sabah Wildlife Department and wildlife enforcement units.
Technological tools such as camera traps, drones and GPS collars should be employed for monitoring and anti-poaching efforts. These efforts must be backed by strict penalties and the swift prosecution of wildlife crimes.
Wildlife education should be incorporated into school curricula and driving schools to raise awareness about roadkill risks. Public campaigns can be used to inform and mobilise society at large.
The scientific community plays a key role in supporting these initiatives. Researchers must conduct regular population surveys and genetic studies, particularly for elusive species like the black shrew. GPS tracking and bioacoustics can help monitor wildlife movement and behaviour, while infrastructure impact assessments can inform mitigation planning.
Finally, policy and infrastructure reforms are urgently needed. Sustainable land use planning must prioritise biodiversity corridors. Biodiversity protection should be key and should not be sacrificed merely for profits or to satisfy short-term economic interests. In an era where environmental degradation is alarmingly prevalent, safeguarding biodiversity is not just a moral obligation but an essential component to ensure the planet’s long-term health and sustainability.
Protecting Malaysia’s endangered species is not only a moral obligation but a national responsibility. Urgent and sustained action is required to ensure that future generations inherit a country rich in biodiversity and ecological balance. If nothing is done now, then Malaysia’s endangered wildlife will spiral into a vortex of extinction.
Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang president. Meenakshi Raman is the president of Sahabat Alam Malaysia.
...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free