Bekalan Kuasa ASUS Pro Workstation Diperkenalkan - Mampu Menguasakan Empat Kad Grafik GeForce RTX 5090

1 day ago

Bekalan Kuasa ASUS Pro Workstation Diperkenalkan - Mampu Menguasakan Empat Kad Grafik GeForce RTX 5090
Dengan pelancaran siri cip pemprosesan AMD Ryzen Threadripper 9000, ASUS telah membuat beberapa pengumuman sendiri berkenaan cip pemprosesan tersebut, tetapi yang paling menarik mungkin adalah tentang bekalan kuasa terbaru mereka, iaitu ASUS Pro Workstation 3000W.

Seperti yang diperlihatkan pada nama modelnya, ASUS Pro Workstation 3000W boleh membekalkan kuasa elektrik sehingga 3000W, yang mana menurut pihak ASUS, ialah cukup berkuasa untuk menghidupkan dan menguasakan empat buah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 sekaligus.

Bekalan kuasa ini juga tampil dengan empat palam kuasa PCIe 12V-2×6 untuk menggerakkan keempat-empat kad grafik tersebut sekiranya diperlukan, dan hadir dengan kabel yang menyokong sambungan berkuasa tinggi tersebut.

Bekalan kuasa ini juga hadir dengan pengesahan 80 Plus Platinum, dan ini bermakna bahawa kecekapan penjanaan dan aliran kuasa elektrik bekalan kuasa ini adalah diantara yang terbaik di pasaran. Malah, ASUS mengatakan bahawa bekalan kuasa ini mampu bertahan lama, dan mengatakan bahawa ia mampu bertahan selama 80 ribu jam penggunaan secara berterusan.

Kabel yang dibekalkan ASUS melalui bekalan kuasa ini juga direka secara khusus untuk memastikan bahawa ia boleh beroperasi pada suhu yang lebih rendah, meningkatkan ketahanannya juga, dan mengelakkan isu kerosakan kepada kedua-dua bekalan kuasa dan komponen yang disambungkan kepadanya.

Bekalan kuasa ASUS Pro Workstation ini diperkenalkan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada komputer-komputer yang dibina untuk memproses tugasan AI secara berterusan dan memerlukan penggunaan sejumlah kad grafik AI sekaligus, bermakna bahawa ia dibina untuk komputer jenis workstation ataupun mesin pelayan AI.

Buat masa ini, ASUS masih belum mengesahkan bilakah mereka akan mula menjual bekalan kuasa ASUS Pro Workstation 3000W ini, mahupun memperlihatkan tanda harganya.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description