Ini Senarai Laluan BAS.MY Di Sarawak

1 hour ago

Ini Senarai Laluan BAS.MY Di Sarawak
Kos pengangkutan anda kini lebih murah

Ini Senarai Laluan adalah maklumat penting yang anda perlu tahu jika anda bercadang untuk menggunakan perkhidmatan ini — sama ada untuk ke tempat kerja, kuliah, atau sekadar jalan-jalan cuci mata.

Ciri Menarik BAS.MY Bayaran Tanpa Tunai: Boleh bayar guna Visa PayWave, Mastercard, atau DuitNow QR. Kad Konsesi BAS.MY: Rakyat Malaysia boleh mohon kad ini untuk perjalanan tanpa had. Sangat berbaloi untuk pelajar, warga emas dan pekerja harian. Waktu Operasi Panjang: Bermula seawal 5.00 pagi hingga 11.00 malam, sesuai untuk pekerja syif atau mereka yang perlu bergerak awal pagi. Kekerapan: Setiap 30 hingga 60 minit, bergantung kepada laluan dan hari (minggu atau hujung minggu). Caj Bulanan RM50 sahaja untuk penggunaan tanpa had — jauh lebih jimat berbanding naik e-hailing setiap hari. Senarai Laluan BAS.MY Di Kuching, Sarawak

Berikut ialah laluan-laluan utama lengkap dengan stesen permulaan dan destinasi akhir:

1. Laluan Q10M

Open Air Market, Kuching ↔ Terminal Bas Serian✔ Laluan panjang merentas pusat bandar ke Serian.✔ Melalui hospital, pusat beli-belah (Vivacity, The Spring), UNIMAS, dan kampung-kampung luar bandar.

2. Laluan Q04M

Stesen Bas Saujana ↔ Terminal Bako✔ Laluan ke kawasan pesisir seperti Bako dan Santubong.✔ Laluan ini penting untuk pelancong atau penduduk yang bekerja di kawasan perindustrian Sejingkat.

3. Laluan Q03M

Stesen Bas Saujana ↔ King Centre✔ Laluan dalam bandar Kuching termasuk kawasan Sunny Hill, Trinity Hub dan Hospital Umum Sarawak.✔ Sesuai untuk pelajar dan pekerja di sekitar pusat komersial.

4. Laluan Q08M

Stesen Bas Saujana ↔ Terminal Bas Bau✔ Laluan ke kawasan Bau, termasuk Borneo House Museum, SMK Paku dan Kampung Bumbok.✔ Sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar.

5. Laluan Q01B

Stesen Bas Saujana ↔ Malihah✔ Laluan meliputi Satok, Petra Jaya, dan Matang.✔ Popular dalam kalangan penduduk lokal kerana akses ke sekolah dan kawasan perumahan utama.

6. Laluan Q06M

Stesen Bas Saujana ↔ Kampung Benuk✔ Laluan ke kawasan luar bandar seperti Kampung Danu, Padawan, dan SK Pajar.✔ Penting untuk komuniti Bidayuh dan kawasan pelancongan seperti Gua Fairy.

Inilah Alternatif Pengangkutan Lebih Mampu Milik

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan tambang e-hailing yang tidak menentu, inisiatif BAS.MY sememangnya satu penyelesaian bijak. Laluan yang diliputi juga cukup menyeluruh — dari pusat bandar ke kawasan kampung dan tarikan pelancong.

Kini, rakyat Sarawak terutama di Kuching ada pilihan lebih murah, mesra pengguna dan selamat untuk bergerak ke mana sahaja.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from I Love Borneo ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description