14,000 bayi Gaza di ambang maut
1 hour ago
LONDON - Ketua Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tom Fletcher memberi amaran kira-kira 14,000 bayi kini berada di ambang maut dalam tempoh 48 jam jika Israel melengah-lengahkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.
Meskipun konvoi trak itu sudah memasuki wilayah tersebut sejak Isnin lalu, penduduk Palestin yang semakin terdesak masih belum menerima sebarang bantuan.
Fletcher menerusi wawancara bersama BBC menyifatkan lima buah lori yang tiba di Gaza pada Isnin lalu hanyalah setitis air di lautan berbanding dengan keperluan sebenar populasi di enklaf tersebut yang terus dihujani bom.
Fletcher merujuk kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) yang memberi amaran sehingga 14,000 bayi berusia enam hingga 59 bulan berisiko menemui ajal akibat malnutrisi akut jika bantuan segera yang diperlukan gagal diberikan kepada golongan itu.
IPC juga menganggarkan lebih 93 peratus kanak-kanak atau hampir sejuta berisiko kebuluran akibat sekatan berterusan Zionis ke atas penghantaran bekalan kemanusiaan.
Beberapa pemerhati melihat Israel gagal menyalurkan bantuan yang dijanjikan sebaliknya ia menghantar peluru bertalu-talu ke Gaza.
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan mendedahkan dua juta penduduk Palestin kini berdepan krisis kelaparan yang teruk disebabkan bekalan makanan yang terkandas di lintasan sempadan Gaza.
Laporan dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini menganggarkan satu daripada lima penduduk Palestin menghadapi kebuluran.
“Seluruh penduduk Gaza sedang kelaparan. Jika tindakan segera gagal diambil, hampir satu perempat daripada populasi itu akan terjerumus ke dalam kebuluran.
“Bantuan makanan perlu dibenarkan memasuki wilayah itu sekarang untuk menghalang malapetaka lebih dahsyat,” menurut kenyataan tegas dalam laporan tersebut. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️