HONOR lancar siri HONOR 400 serendah RM1,899

1 day ago

HONOR lancar siri HONOR 400 serendah RM1,899
JENAMA teknologi global, HONOR dengan rasminya mengumumkan pelancaran model HONOR 400 dan HONOR 400 Pro pada harga RM 1,899 serta RM2,699. Pengarah Negara HONOR Malaysia, Justin Li berkata, Siri HONOR 400 itu menampilkan kelebihan teknologi pengimejan kecerdasan buatan (Al) generasi baharu, spesifikasi setaraf peranti flagship dan ketahanan yang luar biasa. Ujar beliau, ia sekaligus memenuhi permintaan pengguna yang mahukan pengalaman fotografi yang ideal dan luar biasa pada peranti mereka. Menurutnya, pelanggan yang mula membuat pra-tempah untuk siri model berkenaan hingga 29 Mei ini juga akan menerima pelbagai tawaran hadiah percuma yang eksklusif daripada HONOR. "Pelanggan HONOR 400 Pro akan menerima Instax Mini LiPlay percuma, tertakluk kepada ketersediaan dan jaminan lanjutan setahun bernilai RM1,097. "Sementara itu, pelanggan yang menempah HONOR 400 akan menerima fon kepala penebat hingar ('active noise cancelling') Honor Choice Active secara percuma dan jaminan lanjutan setahun bernilai RM898," katanya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Siri Honor 400 di sebuah hotel pada Khamis. Hadir sama ialah Pengurus Produk Negara HONOR Malaysia, Muhammad Jefri Shah Shahzali. Tambah Li, lebih menarik lagi, perkhidmatan menaik taraf storan secara percuma daripada 256 gigabait (GB) kepada 512 GB juga diberikan pelanggan HONOR 400 sepanjang tempoh pra-tempah tersebut. Ulasnya, pra-tempahan siri berkenaan boleh dibuat melalui pelbagai platform termasuk laman sesawang rasmi jenama tersebut, kedai HONOR Experience Store seluruh negara, Shopee, Lazada dan rakan pengedar sah seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic. "Pra-tempah Siri HONOR 400 juga boleh dibuat menerusi pelan pascabayar Maxis. "Pembelian bagi HONOR 400 Pro pula boleh dilakukan dengan bayaran bulanan RM30, manakala versi standard 512 GB ditawarkan pada RM25 sebulan," ujarnya. Kata Li, siri HONOR 400 dilengkapi dengan kamera utama 'Super Sensing' 200 megapiksel (MP) dan disokong oleh kamera Ultra-Lebar Makro 12 MP untuk rakaman pemandangan lebih luas. Ujar beliau, kelengkapan peranti tersebut ditambah dengan sensor besar 1/1.4 inci, apertur f/1.9 dan penstabilan dwi OIS EIS, menghasilkan gambar yang jelas walaupun dalam pencahayaan rendah sekaligus memberikan pengalaman fotografi luar biasa kepada pengguna. "Sebagai tambahan, HONOR 400 Pro menampilkan kamera Al telefoto 50 MP, membolehkan tangkapan zum lebih tajam dan terperinci. "Kedua-dua peranti dilengkapi kamera swafoto potret 50 MP dengan apertur f/2.0, dikuasakan oleh algoritma potret canggih bagi menghasilkan swafoto berkualiti dengan warna dan perincian yang tajam," menurutnya. Gabungan pengimejan Al generasi baharu dan spesifikasi kamera bertaraf flagship Ulas Li, penghasilan gambar Siri HONOR 400 diserlahkan dengan fungsi 'Al HONOR Image Engine' dan 'Al Super Zoom' untuk meningkatkan kualiti fotografi mudah alih. Kata beliau, bagi menghasilkan imej potret berkualiti studio, siri HONOR 400 juga didatangkan dengan 'Al Portrait Snap', 'Harcourt Portrait 2.0' dan menawarkan enam penuras simulasi filem. "HONOR 400 Pro juga dilengkapi dengan ciri tambahan 'Al Enhanced Portrait', untuk menghasilkan potret ultra-definisi tinggi dengan warna sebenar yang menyerlah. "Di samping itu, siri HONOR 400 membolehkan pengguna mengabadikan detik penting secara lebih kreatif melalui alat penyuntingan Al termasuk ciri canggih Al Gambar kepada Video yang dibangunkan bersama Google Cloud. "Ciri ini mampu menukar gambar statik menjadi video pendek berdurasi lima saat, sesuai untuk perkongsian di media sosial dan tersedia untuk pengguna Android dan iOS," ulasnya. Ujarnya, dari segi prestasi, HONOR 400 Pro dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 Mobile Platform manakala, versi standard pula menggunakan Snapdragon 7 Gen 3 Mobile Platform' bersama CPU Turbo X Game Engine. Tambah Li, siri HONOR 400 juga dilengkapi dengan bateri silikon karbon 6,000mAh yang tahan lebih lama, ideal untuk penggunaan sepanjang hari terutamanya ketika berada di luar rumah sepanjang hari. "Versi Pro dipadankan dengan pengecas berwayar HONOR 'Wired SuperCharge' 100W dan menyokong pengecasan tanpa wayar 50W. Manakala versi standard didatangi pengecas berwayar HONOR 'Wired SuperCharge' 80W. "Dari segi ketahanan, versi HONOR 400 Pro menawarkan perlindungan kalis air dan habuk yang menerima penarafan IP68 dan IP69, memastikan peranti ini dilindungi dengan lebih baik. HONOR 400 juga memiliki perlindungan kalis air dan habuk lP65," tambahnya. Harga dan variasi model HONOR 400 Dalam pada itu, Li berkata, setakat ini HONOR 400 Pro didatangi dengan RAM 24GB RAM dan storan 512GB pada harga RM2,699. Menurutnya, ia boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu kelabu (lunar grey), biru ('tidal blue') dan hitam ('midnight black'). "HONOR 400 pula menawarkan dua pilihan iaitu 256GB pada harga RM1,899 dan 512GB pada harga RM2,199. "Pilihan warnanya ialah emas ('desert gold'), biru dan hitam. Kedua-dua model ini akan mula dijual di seluruh Malaysia mulai 30 Mei tahun ini," ujar beliau. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description