Xiaomi 15S Pro Dilancarkan Dengan Cip Xring O1 Dan Tri-Sensor 50MP
1 day ago

Xiaomi 15S Pro dilengkapi dengan paparan OLED Quad-Curved 120Hz berukuran 6.73″ dengan resolusi 3200×1440 piksel. Ia menggunakan bahan TCL Huaxing M9 yang boleh bantu meningkatkan ketepatan warna dan kontras yang lebih baik. Selain itu, ia mempunyai kecerahan maksimum 3200 nits di samping menyokong HDR10+ dan Dolby Vision. Pengimbas cap jari ultrasonik turut digunakan untuk keselamatan yang lebih baik.

Telefon ini dikuasai oleh cip Xring O1 iaitu cip pemproses pertama yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi. Ia menggunakan proses 3nm dengan 19 bilion transistor, CPU 10 teras (termasuk 2 x Cortex-X925 pada kelajuan 3.9GHz), serta GPU 16 teras Immortalis-G925. Sistem penyejukan Wing-shaped Ring Cold Pump Pro turut bantu menguruskan haba dengan ruang pelesapan yang luas 4053mm².

Sistem kamera belakang terdiri daripada tri-sensor 50MP untuk utama, ultra-lebar dan telefoto periskop. Semua kamera menggunakan lensa Leica Summilux dan menyokong rakaman video 8K serta video malam 4K dengan pemprosesan AI. Kamera hadapan pula 32MP dengan sokongan video 4K 60fps. Bateri 6100mAh yang menyokong pengecasan berwayar 90W dan nirwayar 50W disediakan. Peranti juga melepasi penarafan IP68 untuk ketahanan debu dan air.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free