Cemburu isteri 'curang' dengan wanita lain, lelaki bakar rumah
1 day ago
JAKARTA - Seorang lelaki nekad membakar rumahnya kerana cemburu isterinya 'curang' dengan wanita lain.Pelaku dikenali sebagai H, 44, di Petukangan Utara Pesanggrahan Jakarta Selatan bagaimanapun kesal atas tindakannya itu kerana api yang marak turut memusnahkan kediaman jiran tetangga."Saya mohon maaf kerana tidak sengaja," katanya di Polsek Pesanggrahan, Jakarta Selatan di Indonesia pada Khamis.H juga memaklumkan dia sedia menanggung risiko atas perbuatannya.Pelaku turut mengaku masih menyayangi isterinya yang dipercayai menjalinkan hubungan sejenis.H melarikan diri sejurus melakukan tindakan itu, namun dia berjaya diberkas beberapa jam kemudian di rumah rakannya di Kembangan, Jakarta Barat pada Selasa.Dia dinamakan sebagai suspek dan ditahan di Rutan Polsek Pesanggrahan, Jakarta Selatan di bawah Fasal 187 Ayat 1 KUHP dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 12 tahun.Difahamkan, sebanyak lapan jentera bomba bersama 31 anggota dikerahkan untuk mengawal kebakaran itu dan kos kerugian dianggarkan mencecah 250 juta rupiah (RM65,054). - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️