CIMB Perkenalkan Tempoh Bertenang 12 Jam Bagi Tetapan Semula ID Dan Kata Laluan

1 day ago

CIMB Perkenalkan Tempoh Bertenang 12 Jam Bagi Tetapan Semula ID Dan Kata Laluan
CIMB telah mula melaksanakan tempoh bertenang selama 12 jam sejak 30 Jun 2025 sebagai langkah keselamatan tambahan untuk melindungi akaun pengguna daripada sebarang cubaan akses tanpa kebenaran. CIMBClicks

Tempoh ini akan bermula secara automatik apabila proses tetapan semula ID pengguna atau kata laluan dilakukan melalui CIMB Clicks atau aplikasi CIMB OCTO. Sepanjang tempoh bertenang, akses ke akaun akan disekat buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang percubaan pencerobohan tanpa kebenaran. Setelah tempoh tamat, pengguna akan menerima notifikasi untuk mengakses semula akaun seperti biasa.

CIMB

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha CIMB menangani peningkatan ancaman siber dan insiden penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan. Pihak bank turut menegaskan bahawa langkah ini selari dengan komitmen industri kewangan dalam mengukuhkan kepercayaan terhadap perkhidmatan perbankan digital yang selamat.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description