Counterpoint - Trend Pertumbuhan TWS Global Dijangka Kekal Konsisten Hingga 2028
1 day ago

Apple dijangka terus menjadi peneraju utama dalam segmen ini namun harga yang tinggi berpotensi mengekang pertumbuhan jumlah penghantaran unit. Lonjakan pertumbuhan yang lebih ketara diramal berlaku menjelang 2027 apabila Apple melancarkan model baharu termasuk versi yang dilengkapi ANC.

Dalam kalangan jenama lain, Xiaomi mencatat prestasi memberangsangkan pada suku pertama 2025 menerusi pendekatan harga yang kompetitif serta kehadiran pasaran yang meluas. JBL pula merekodkan pertumbuhan dua angka di pasaran India hasil fokus terhadap kualiti audio dan pelbagai pilihan harga.

Samsung dijangka mengekalkan momentum melalui perluasan ekosistem Galaxy serta integrasi ciri berasaskan AI dalam fon telinga TWS mereka. Sementara itu, jenama seperti boAt di India berdepan cabaran apabila pengguna semakin cenderung memilih jenama yang menawarkan nilai tambah dan integrasi teknologi yang lebih mantap.

Counterpoint menjangkakan pasaran TWS akan terus mencatat pertumbuhan sederhana dan stabil sehingga tahun 2028. Trend ini disokong oleh permintaan penggantian yang berterusan serta kemunculan model baharu pada harga lebih mampu milik.
Walaupun jenama kecil masih menguasai sebahagian besar jualan dalam segmen ini, prestasi mereka dijangka tidak konsisten berbanding jenama utama yang memiliki strategi produk yang lebih jelas serta pengguna yang setia.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free