Nubia Red Magic 10S Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

1 hour ago

Nubia Red Magic 10S Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499
Nubia Red Magic 10S Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia menampilkan rekaan premium dan spesifikasi kelas mercu. Ia disasarkan kepada pengguna tegar yang mengutamakan prestasi tinggi khususnya dalam permua.

Red Magic 10S Pro hadir dengan paparan OLED 6.85 inci resolusi 1.5K dan kadar segar semula 144Hz. Ia juga menawarkan kecerahan puncak maksimum 2000 nits sesuai untuk penggunaan luar. Gabungan teknologi DC dan PWM dimming boleh bantu mengurangkan keletihan pada mata semasa penggunaan jangka panjang.

Red Magic 10S Pro dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite Leading Edition dan pilihan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5T storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.1 Pro. Turut disertakan ialah cip tambahan Red Core R3 Pro yang menyokong paparan resolusi 2K dengan kadar bingkai 120FPS.

Antara ciri utama Red Magic 10S Pro ialah sistem penyejukan ICE-X, yang merangkumi 10 lapisan bahan penyejuk termasuk Liquid Metal 2.0. Ia mampu menurunkan suhu CPU sehingga 5°C. Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan kebuk wap bersaiz 12,000mm² dan kipas berputar pada kelajuan 23,000 RPM. Menariknya, kipas ini juga menyokong pencahayaan RGB boleh laras dengan 15 pilihan warna.

Bagi aspek kamera, peranti ini dilengkapi tiga kamera belakang yang merangkumi sensor utama 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan beresolusi 16MP pula ditempatkan di bawah skrin lengkap dengan sokongan AI untuk swafoto yang lebih semula jadi.

Red Magic 10S Pro menggunakan bateri berkapasiti 7050mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Ciri lain yang melengkapkan peranti ini termasuk pembesar suara stereo dengan sokongan DTS:X Ultra, tiga mikrofon, bicu audio 3.5mm, serta sambungan seperti NFC, Bluetooth 5.4 dan Wi-Fi 7.

Red Magic 10S Pro akan mula dijual secara rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3499 (12/256GB) dan RM4399 (16/512GB). Bagi pembeli yang membuat pratempahan awal, mereka akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM249. Tempahan boleh dibuat sekarang melalui pengedar rasmi Red Magic di Malaysia.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description