Fasih bertutur Tamil, Nurul Shazreen bukti bahasa satukan kaum

1 hour ago

Fasih bertutur Tamil, Nurul Shazreen bukti bahasa satukan kaum
SHAH ALAM – "Saya bangga dapat bertutur dalam bahasa Tamil walaupun saya berketurunan campuran Melayu, Cina dan India. Bahasa menyatukan kita."Demikian perkongsian Nurul Shazreen Shamrin Maniam,28, setelah rakaman videonya bertutur dalam bahasa Tamil bersama bapa, Shamrin Maniam Abdullah, 56 dan ibu, Rosni Lee, 57 tular di media sosial baru-baru ini.Menerusi video tersebut, Nurul Shazreen dilihat berbual mesra dalam bahasa Tamil dengan bapanya yang merupakan kacukan India dan Cina, manakala ibunya pula berbangsa Melayu tetapi turut fasih berbahasa Tamil.Pasangan suami isteri berkenaan berasal dari Perak, tetapi anak-anak mereka dilahirkan di Kuala Lumpur.Menurut Nurul Shazreen, kebolehan bertutur dalam bahasa Tamil telah dipupuk oleh bapanya sejak kecil lagi."Saya diajar ayah sejak saya kecil lagi. Kami adik-beradik lima orang dan semuanya fasih bertutur dalam bahasa Tamil," katanya kepada Sinar Harian.Jelasnya, kebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa memberi kelebihan kepadanya terutama apabila berurusan dengan pelbagai pihak dalam suasana masyarakat majmuk di negara ini."Mesej utama saya ialah saya sangat berbangga kerana diajar bahasa lain selain daripada bahasa Melayu. Kemahiran itu banyak membantu saya dalam kehidupan harian dan aspek pekerjaan."Aspek memahami dan menghormati bahasa serta budaya kaum lain juga menjadi jambatan untuk mengeratkan hubungan sesama rakyat Malaysia."Kita tinggal di Malaysia yang berbilang kaum. Bila kita belajar bahasa kaum lain, perkara itu sebenarnya mengeratkan hubungan antara semua kaum yang duduk di Malaysia," katanya.Video dimuat naik oleh Nurul Shazreen itu bukan sahaja mencuit hati warganet, malah turut membuka mata orang ramai tentang keindahan penguasaan bahasa yang mampu menjadi jambatan perpaduan rakyat.Rata-rata pengguna media sosial memuji kebolehan Nurul Shazreen dan keluarganya bertutur dalam bahasa Tamil serta didikan keluarga mereka yang meraikan perbezaan sebagai satu kekuatan....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description