Data satelit dedah serangan Iran lumpuhkan pangkalan tentera Israel

1 hour ago

Data satelit dedah serangan Iran lumpuhkan pangkalan tentera Israel
TEHERAN – Data satelit yang dianalisis oleh penyelidik di Universiti Negeri Oregon mendedahkan bahawa peluru berpandu Iran telah mengenai sekurang-kurangnya lima kemudahan ketenteraan Israel semasa perang 12 hari bulan lalu, menurut laporan akhbar The Telegraph yang berpangkalan di Britain.Laporan tersebut menyatakan bahawa enam peluru berpandu Iran telah mengenai sasaran di wilayah jajahan Israel di utara, tengah dan selatan, termasuk sebuah pusat risikan dan sebuah pangkalan logistik utama.Analisis tersebut dibuat berdasarkan imej radar satelit yang menunjukkan kesan letupan yang konsisten dengan serangan peluru berpandu.Maklumat berkenaan tidak pernah didedahkan oleh pihak tentera Israel sebelum ini disebabkan undang-undang penapisan ketat yang menyekat penerbitan maklumat keselamatan sensitif, khususnya semasa konflik bersenjata.Menurut The Telegraph, pihak berkuasa Israel masih tidak mengakui serangan itu secara terbuka, malah tentera Israel juga enggan memberikan sebarang komen apabila dihubungi oleh media tersebut.Sewaktu konflik berlaku, pihak berkuasa Israel dan Amerika Syarikat mendakwa sekitar 84 peratus peluru berpandu Iran berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara kedua-dua negara itu.Namun, analisis data menunjukkan semakin banyak peluru berpandu Iran berjaya melepasi sistem pertahanan canggih Israel dalam lapan hari pertama peperangan.Penganalisis percaya kejayaan itu berpunca daripada beberapa faktor termasuk bekalan terhad peluru pemintas, teknologi Iran yang semakin canggih serta perubahan dalam strategi serangan.Iran dilaporkan telah melancarkan serangan gabungan menggunakan dron kamikaze dan peluru berpandu secara serentak bagi mengatasi sistem pertahanan Israel.Walaupun banyak dron tersebut dipintas, kehadiran mereka berjaya mengganggu radar dan membolehkan peluru berpandu sebenar menembusi sasaran.Seorang pegawai kanan Iran, yang enggan dikenali, dipetik berkata:"Matlamat utama melancarkan dron adalah untuk membuat sistem mereka sibuk. Kebanyakan dron memang tidak sampai, ia dipintas tetapi tetap mencetuskan kekeliruan yang cukup besar."Serangan balas Iran bermula kurang daripada 24 jam selepas Israel melancarkan serangan pada 13 Jun, yang mengorbankan beberapa komander kanan tentera, saintis nuklear dan orang awam.Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron besar-besaran serta melaksanakan beberapa operasi susulan di bawah kod nama Janji Sebenar III (True Promise III).Amerika Syarikat kemudian menyertai peperangan pada 22 Jun dengan mengebom tiga fasiliti nuklear Iran — satu tindakan yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Pencegahan Penyebaran Senjata Nuklear (NPT).Sebagai reaksi, Iran telah membalas dengan menyerang Pangkalan Udara Al Udeid di Qatar iaitu pangkalan tentera AS terbesar di Asia Barat, dalam satu tindakan yang digambarkan sebagai langkah pertahanan diri. – Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description