Razer DeathAdder V4 Pro Dilancarkan Pada Harga RM799

1 day ago

Razer DeathAdder V4 Pro Dilancarkan Pada Harga RM799
Razer hari ini telah melancarkan tetikus gaming baharu mereka iaitu Razer DeathAdder V4 Pro. DeathAdder V4 Pro dilancarkan dengan ia lebih pantas, ringan dan jimat menggunakan bateri berbanding yang dilancarkan pada tahun 2022.

DeathAdder V4 Pro dikemaskini dengan sensor optikal pada kedua-dua butang kilik kiri dan kanan. Ia juga adalah tetikus pertama Razer dengan roda tatalan yang juga menggunakan sensor optikal. Tetikus sudah diuji untuk melepasi 100 juta klik sepanjang hayat ia digunakan. Secara keseluruhan V4 Pro mempunyai enam butang fizikal yang boleh diprogramkan. Ini kemudiannya boleh disimpan ke dalam profil memori terbina V4 Pro.

Sensor di bahagian bawah mempunyai kadar polling sehingga 8,000Hz dan penjejakan pergerakan sehingga 45,000 DPI. Bateri boleh bertahan sehingga 150 jam sebelum perlu dicas semula. Semua ini dimasukkan ke dalam tubuh hanya seberat 56 gram berbanding 63 gram pada V3 Pro.

Sambungan kepada PC dilakukan menerusi tambatan HyperSpeed Wireless Gen 2 ataupun berwayar. Ini dilalukan menggunakan kabel USB-C ke USB-A. Razer DeathAdder V4 Pro dijual pada harga RM799 dalam pilihan warna hitam dan putih.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description