Apple Dilaporkan Akan Mengubahsuai Jadual Pelancaran Sejumlah Produk Mereka

1 day ago

Apple Dilaporkan Akan Mengubahsuai Jadual Pelancaran Sejumlah Produk Mereka
Apple akan memperkenalkan produk-produk seperti siri iPhone 17, iPad Pro dan kemaskini kepada Apple Vision Pro sekitar penghujung suku ketiga tahun ini, tetapi menurut Bloomberg, syarikat teknologi premium tersebut juga dijangka akan memperlihatkan sejumlah kemaskini kepada siri produk lain pada awal tahun hadapan.

Menurut laporan Mark Gurman di Bloomberg, Apple dijangka akan memperlihatkan penawaran siri komputer Mac dan komputer riba MacBook termasuklah MacBook Pro dengan cip pemprosesan baru, kemaskini kepada paparan skrin Apple Studio, iPhone 17e yang hadir dengan spesifikasi mampu-milik dan kemaskini kepada siri iPad dan iPad Air.

iPhone 17e dijangka akan hadir dengan rekaan yang menyerupai iPhone 16e, dan seperti peranti sebelumnya, mungkin akan dikemaskini dengan cip pemprosesan Apple A19 baru yang akan menguasakan peranti Apple iPhone 17 dan 17 Plus.

Untuk MacBook Pro dan MacBook Air pula, terdapat kebarangkalian model-model tersebut akan tiba dengan cip Apple M5, M5 Pro dan M5 Max. Model M5 Pro dan Max ini juga dilihat mungkin kali terakhir Apple akan menggunakan rekaan rangka ini pada MacBook Pro, kerana Apple akan mengemaskini rupa-bentuk MacBook Pro dan ]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description