Telefon Skrin Tri-Lipat Tecno Phantom Ultimate G Fold Dijangka Diperkenalkan Dalam Masa Terdekat

1 hour ago

Telefon Skrin Tri-Lipat Tecno Phantom Ultimate G Fold Dijangka Diperkenalkan Dalam Masa Terdekat
Tecno sekali lagi mencuri perhatian dengan peranti konsep terbaharu mereka Phantom Ultimate G Fold yang dijangka dilancarkan secara rasmi pada pertengahan Julai ini. Peranti ini menampilkan rekaan engsel berbentuk-G yang melipat ke arah dalam bagi membolehkan paparan utama terlindung sepenuhnya apabila ditutup.

Rekaan ini bertujuan membantu melindungi paparan utama daripada calar dan kerosakan apabila peranti dilipat sepenuhnya. Ia juga dilengkapi dengan paparan bertutup di bahagian kiri yang membolehkan pengguna mengakses fungsi asas tanpa perlu membuka keseluruhan peranti. Di bahagian belakang, terdapat tiga kamera yang disusun secara mendatar bersama rangka perak pusam yang menampilkan rekaan yang ringkas dan moden.

Setiap komponen peranti direka dengan bentuk yang langsing, namun apabila dilipat, ketebalannya dianggarkan sekitar 13mm. Tecno menyatakan bahawa peranti ini direka untuk menjadi antara telefon tri-lipat ternipis yang pernah diperkenalkan. Ciri ini terhasil melalui penggunaan engsel mini dan lapisan skrin khas yang membolehkan paparan utama dibuka sepenuhnya tanpa isu lipatan ketara.

Setakat ini, Huawei merupakan satu-satunya jenama yang telah melancarkan telefon tri-lipat secara komersial kepada pengguna. Tecno dan Samsung dijangka memperkenalkan peranti tri-lipat mereka dalam masa terdekat namun Phantom Ultimate G Fold masih kekal sebagai peranti konsep dan belum memasuki fasa pengeluaran secara meluas.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description