Penduduk terkejut jumpa bom lama 227kg di kebun sawit
1 hour ago
JASIN - Seorang penduduk terkejut apabila menemukan sebutir objek yang dipercayai bom lama ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di kebun kelapa sawit miliknya di Felda Bukit Senggeh, Nyalas di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan tersebut pada pukul 1.47 tengah hari sebelum sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom dari Cawangan Persenjataan, Bahagian Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dikerahkan ke lokasi kejadian."Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan merupakan bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) dengan anggaran berat sekitar 227 kilogram."Pasukan pemusnah bom akan melaksanakan kerja-kerja pemusnahan secara terkawal esok mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan tersebut yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta mengganggu ketenteraman masyarakat setempat. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️