Banduan lolos sembunyi dalam bagasi rakan ditahan semula

1 hour ago

Banduan lolos sembunyi dalam bagasi rakan ditahan semula
PARIS - Seorang banduan licik yang meloloskan diri dari penjara di Perancis dengan bersembunyi dalam beg dobi berjaya ditahan semula, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).Dalam satu kes yang mencetuskan tajuk utama di seluruh negara, banduan lelaki berusia 20 tahun itu diseludup keluar dari penjara Lyon pada Jumaat lalu melalui beg milik rakan selokapnya yang dibebaskan ketika itu.Namun, dia bebas tidak lama. Menurut stesen penyiaran BFMTV pada Isnin, pendakwa raya mengumumkan yang banduan itu ditahan semula di sebuah kampung di selatan Perancis.Pasukan polis khas yang ditugaskan memburu pelarian dikerahkan menjejakinya dan dia ditangkap ketika sedang keluar dari sebuah bilik bawah tanah.Banduan itu sedang menjalani beberapa hukuman penjara dan turut disiasat atas kesalahan jenayah terancang.Menurut akhbar Le Progres, dia disyaki terbabit dalam kes pembunuhan berganda.Insiden dia melarikan diri dari penjara yang sesak itu pada Jumaat hanya disedari lebih 24 jam kemudian.Menurut akhbar Le Parisien, banduan itu berjaya meloloskan diri dengan bersembunyi dalam sebuah beg dobi besar, selepas rakan selokapnya meminta troli daripada kakitangan penjara untuk membawa keluar barangan peribadi yang banyak ke kereta yang datang menjemputnya selepas pembebasan. - Bernama        ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description