Pelarasan tarif air di Johor tidak jejas pengguna domestik, penerima e-Kasih -Ranhill SAJ
1 hour ago
JOHOR BAHRU – Ranhill SAJ menegaskan bahawa pelarasan tarif baharu air merupakan langkah penting ke arah penambahbaikan sistem bekalan air demi kepentingan jangka panjang rakyat Johor.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Abdul Ghani berkata, pelarasan itu bagaimanapun tidak melibatkan majoriti pengguna domestik termasuk rumah ibadat dan golongan rentan dalam senarai e-Kasih.Menurut beliau, pelarasan tarif baharu air telah diluluskan Kabinet menerusi warta yang berkuat kuasa pada Jumaat.Katanya, pelarasan tarif baharu air yang dimajukan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan bertujuan mengukuhkan lagi perkhidmatan air bersih dan terawat kepada pengguna."Keputusan kerajaan itu selaras dengan prinsip keadilan sosial dan perlindungan keperluan asas rakyat."Pelarasan tarif hanya membabitkan sebahagian pengguna domestik jalur tiga, iaitu bagi penggunaan melebihi 35 meter padu sebulan serta pengguna kategori bukan domestik."Pengguna jalur satu dan dua yang mewakili sebahagian besar pengguna domestik di Johor akan terus menikmati kadar tarif air yang lama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Media sebelum ini melaporkan bahawa kadar tarif air bagi pengguna domestik di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dinaikkan bermula 1 Ogos, susulan pewartaan struktur baharu tarif air yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).Mengulas lanjut, Anuar berkata, kadar bagi caj minimum domestik kekal RM10.50 dan penggunaan melebihi 35 meter padu sebulan dilaraskan sebanyak 35 sen bagi setiap meter padu.Katanya, pengguna yang masih menggunakan meter pukal di kediaman strata pula akan mengalami peningkatan 20 sen bagi setiap meter padu air."Pengguna bukan domestik pula akan menerima pelarasan antara RM1 hingga RM1.75 bagi setiap meter padu air, dengan caj minimum baharu RM41.50 sebulan."Bagi kategori pusat data, tarif pertama kali diperkenalkan pada kadar RM5.33 untuk setiap meter padu air."Ia diperkenalkan bagi mengimbangi keperluan air yang tinggi oleh segmen pengguna berkenaan yang pesat berkembang di Johor."Industri perkapalan pula akan dikenakan kadar baharu RM8.03 bagi setiap meter padu air," katanya.Anuar berkata, pelarasan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan Ranhill SAJ untuk memastikan rakyat Johor menikmati sistem bekalan air yang moden, berdaya tahan dan mampu memenuhi permintaan masa hadapan."Ia satu pelaburan yang mesti dilakukan hari ini untuk masa depan air Johor yang lebih baik," katanya.Beliau berkata, ia termasuk penggantian paip lama yang mempunyai risiko kebocoran tinggi, menangani permintaan bekalan air yang kian meningkat ekoran kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk.Pelarasan juga membolehkan beberapa projek naik taraf penting dilaksanakan termasuk Pakej Layang 2 Fasa 2 yang berkapasiti 160 juta liter sehari (JLH), Semanggar (50 JLH) dan Semanggar 3 dengan kapasiti 120 juta liter sehari....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️