MG Malaysia adakan pameran sulung di Johor Bahru 6-10 Ogos ini
1 day ago
Pameran “Dare to Love” ini akan membariskan model-model MG terkini termasuklah MG5, SUV elektrik MG S5 EV, serta roadster elektrik MG Cyberster.
Pengunjung juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan model MG5, MG4, MG HS, MG S5 EV serba baharu serta MG Cyberster.
Pelanggan yang membuat tempahan bagi model MG Cyberster sepanjang acara berlangsung akan menerima pakej pengecasan tanpa had setahun menerusi JomCharge lengkap dengan fungsi AutoCharge, pengecas dinding AC 7 kW percuma, serta model diecast MG Cyberster edisi eksklusif.
Berikut merupakan senarai harga istimewa yang ditawarkan oleh MG Motor Malaysia: MG S5 EV varian Com – RM109,900 MG S5 EV varian Com Long Range – RM119,900 MG5 – rebat sehingga RM7,000 MG4 – ansuran bulanan serendah RM974
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free