Bekalan elektrik Pantai Timur Sabah pulih sepenuhnya - SESB
1 day ago
KOTA KINABALU - Bekalan elektrik ke Pantai Timur Sabah yang terputus sejak Sabtu lepas berjaya dipulihkan sepenuhnya malam Rabu.Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Mohd Yaakob Jaafar berkata, bekalan yang terjejas susulan gangguan talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud itu kembali beroperasi pada jam 10.20 malam."Terima kasih kepada semua wira di lapangan dan di belakang tabir yang bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi memastikan pemulihan ini dapat dilaksanakan, serta kepada pengguna atas kesabaran dan sokongan sepanjang tempoh cabaran ini," katanya dalam kenyataan malam ini.Pada Sabtu lepas, kawasan Pantai Timur Sabah mengalami gangguan bekalan selepas dua talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud terputus akibat menara tumbang susulan kejadian tanah runtuh di Kampung Kolopis, Penampang.SESB memaklumkan menara gantian berjaya didirikan dan dioperasikan, sekali gus menyambung semula bekalan ke kawasan Pantai Timur.Talian itu menghubungkan Kampung Kolopis di Pantai Barat Sabah dengan Segaliud di Sandakan, Pantai Timur Sabah, bagi memastikan bekalan elektrik stabil di kedua-dua wilayah. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️