Pendakian gunung besar hantu, trans naning wajib guna malim gunung mulai 1

1 hour ago

Pendakian gunung besar hantu, trans naning wajib guna malim gunung mulai 1

SEREMBAN: Semua aktiviti pendakian di Gunung Besar Hantu dan Trans Naning diwajibkan menggunakan khidmat Malim Gunung Perhutanan berdaftar di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bermula 1 Oktober ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata langkah itu sejajar dengan usaha meningkatkan keselamatan pendaki selain memastikan pengurusan trek lebih sistematik dan teratur.

Seramai 77 Malim Gunung Perhutanan telah didaftarkan di bawah JPNS tahun ini untuk membolehkan kerjasama lebih erat dalam pengurusan trek pendakian.

Mereka juga berperanan sebagai mata dan telinga jabatan dalam memastikan kawasan ekopelancongan sentiasa terpelihara.

Aminuddin berkata produk ekopelancongan berasaskan hutan antara penyumbang hasil negeri dengan merekodkan kehadiran 383,961 pengunjung dan kutipan RM807,560 pada 2024.

Sehingga Julai lepas, ekopelancongan negeri mencatat 278,512 pengunjung dengan kutipan RM608,440.

Kerajaan negeri turut meluluskan projek Sky Walk bernilai 3 juta ringgit di Hutan Simpan Pasir Panjang, Port Dickson yang mula dilaksanakan tahun ini.

Projek Sky Walk dijangka siap pada 2027 dan akan menjadi tarikan ekopelancongan baharu.

Produk ekopelancongan berasaskan hutan di Negeri Sembilan turut mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan termasuk Malaysia Book of Records.

Hutan Simpan Sungai Menyala menerima pengiktirafan dalam kategori Sains dan Teknologi daripada Malaysia Book of Records.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Zahari Ibrahim berkata persidangan PPNSM kali ini membentangkan 12 kertas kerja berkaitan isu semasa sektor perhutanan.

Antara isu yang dibincangkan ialah perlombongan unsur nadir bukan radioaktif dalam Hutan Simpan Kekal serta penguatkuasaan dan pelesenan Persatuan Malim Gunung.

Kawasan berhutan negara kini meliputi 18 juta hektar atau 54.58% daripada keluasan tanah Malaysia.

Di Semenanjung Malaysia sahaja, sebanyak 5.74 juta hektar atau 44% kawasan direkodkan sebagai berhutan setakat ini.

Daripada jumlah itu, seluas 4.85 juta hektar diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal yang diurus secara lestari. – Bernama

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from The Sun Daily ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description