Pokok tumbang hempap kereta

1 hour ago

Pokok tumbang hempap kereta
GEORGE TOWN - Sebuah kereta jenis Nissan Serena rosak selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Concord 12, Tanjung Bungah, awal pagi Khamis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.09 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal digerakkan ke lokasi."Pokok tumbang menghempap sebuah kereta yang diparkir berhampiran namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini."Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas bagi kerja pemotongan dan pengalihan pokok serta pemantauan bagi memastikan keselamatan persekitaran," katanya dalam kenyataan pada Khamis.John Sagun berkata, selepas memastikan keadaan selamat dan tiada lagi merbahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.55 pagi. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description