Wabak influenza di Melaka terkawal - Exco

1 hour ago

Wabak influenza di Melaka terkawal - Exco
MELAKA – Satu wabak Influenza A yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah agama di daerah Alor Gajah pada minggu lalu masih terkawal.Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem, berkata, situasinya dilaporkan terkawal selepas tindakan pantas diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).Menurut beliau, wabak Influenza A di sekolah berasrama tersebut berjaya dikawal selepas langkah segera dilaksanakan termasuk membenarkan pelajar sekolah berkenaan pulang ke rumah dan menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)."Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memberi tumpuan kepada pendidikan kesihatan pelajar."Mereka yang dijangkiti dinasihatkan supaya berehat dan menjalani kuarantin di rumah selain tidak hadir ke sekolah bagi mengelak penularan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, setakat ini tiga klinik kesihatan (KK) sentinel di Melaka menunjukkan peningkatan Influenza Like Illness (ILI) dalam tempoh sama dan majoriti pesakit adalah kanak-kanak.Ujar beliau, KK Peringgit di Daerah Melaka Tengah dan KK Masjid Tanah di Alor Gajah masing-masing mencatat kadar konsultasi tertinggi iaitu 17.5 peratus, berbanding 13.7 peratus dan 14.1 peratus pada minggu sebelumnya."KK Jasin turut menunjukkan peningkatan dengan kadar konsultasi 2.6 peratus, berbanding 1.2 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-39 (ME 39)."Bagaimanapun orang ramai tidak perlu panik, namun disaran segera mendapatkan rawatan jika mengalami simptom seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak, terutama bagi kanak-kanak dan warga emas," ujarnya lagi.Jelas beliau, kadar keseluruhan konsultasi kes ILI di Melaka meningkat kepada 12.5 peratus bagi tempoh 28 September hingga 4 Oktober 2025, berbanding 10.4 peratus pada minggu sebelumnya.Kata beliau, peningkatan itu melibatkan semua kumpulan umur dengan kadar bagi pesakit bawah 18 tahun naik kepada 34.2 peratus berbanding 29 peratus, manakala bagi dewasa 18 tahun ke atas meningkat kepada 6.8 peratus daripada 6.2 peratus."Di Melaka, keadaan tidak serius, kerana Influenza A ini biasanya bermusim."Kadang meningkat, kadang menurun, jika dibandingkan antara ME 39 dan ME 40, kenaikan masih terkawal," katanya lagi.Setakat ME 40, sebanyak 160 kes circulating virus influenza dikesan di negeri ini, membabitkan Influenza A (H1N1) sebanyak 97 kes, Influenza A (H3N2) sebanyak 63 kes, Influenza B sebanyak 46 kes, dan Covid-19 sebanyak 122 kes....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description