Influenza: MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi beri pelepasan pulang kepada pelajar
1 hour ago
KEPALA BATAS - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini memberi pelepasan kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Empat sekolah berkenaan untuk pulang ke rumah bermula Rabu hingga 26 Oktober depan.Menerusi satu surat yang dikeluarkan di laman facebook rasmi MRSM tersebut, keputusan itu dibuat bagi memutuskan rantaian jangkitan influenza dalam kalangan warganya.Menurut surat berkenaan, sepanjang tempoh berkenaan semua pelajar yang terlibat akan mengikuti kelas pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)."Para ibu bapa dan waris pastikan anak-anak masing-masing mengikuti PdPR yang telah dijadualkan."Sama-sama kita putuskan rantaian influenza dan pelajar Tingkatan Lima kelas seperti biasa,"tulis di laman rasmi facebook MRSM berkenaan.Setakat ini tidak dapat dipastikan berapa jumlah pelajar atau kakitangan sekolah terbabit yang dijangkiti influenza.Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada Pengetua MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk maklumat lanjut.Pada Rabu Sinar Harian melaporkan analisis terkini Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang menunjukkan kadar jangkitan Influenza di negeri ini masih terkawal dengan bacaan lebih rendah berbanding tempoh sama pada tahun lalu.Exco Kesihatan, Belia dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, berdasarkan data daripada Minggu Epid (ME) 32 hingga ME 37 tahun ini, kadar Survelan Influenza Like Illness (ILI) berasaskan klinikal berada antara 9.5 hingga 10.5 peratus tanpa sebarang peningkatan ketara."Survelan berasaskan makmal pula mencatat sedikit peningkatan kadar positif iaitu antara 26.7 hingga 28.9 peratus dengan Influenza A kekal sebagai strain dominan."Namun kadar ini masih lebih rendah berbanding tempoh sama pada tahun 2024 yang mencecah antara 35.6 hingga 51.1 peratus,"katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️