Bekas Presiden Argentina antara 87 didakwa dalam perbicaraan rasuah terbesar

1 hour ago

Bekas Presiden Argentina antara 87 didakwa dalam perbicaraan rasuah terbesar
BUENOS AIRES - Perbicaraan rasuah terbesar dalam sejarah Argentina bermula di Buenos Aires pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Seramai 87 individu termasuk ahli politik, penjawat awam dan usahawan didakwa, antaranya bekas presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner, yang memegang jawatan dari 2007 hingga 2015.Bersama suaminya yang juga bekas presiden dan kini meninggal dunia, Nestor Kirchner (presiden dari 2003 hingga 2007), beliau didakwa menubuhkan satu sistem yang mengkehendaki usahawan untuk membayar rasuah untuk memenangi kontrak kerajaan.Sepanjang tempoh itu, sekurang-kurangnya AS$60 juta dipercayai dibayar sebagai rasuah dan beberapa usahawan mengaku membuat bayaran tersebut.Perbicaraan besar ini dijangka mengambil masa beberapa tahun, dengan lebih 440 saksi dijadualkan memberi keterangan.Kes terbongkar apabila seorang pemandu yang bertanggungjawab mengutip wang rasuah itu menyimpan rekod terperinci mengenai jumlah yang diterima.Menurut pertuduhan, wang itu dibawa ke kediaman presiden, pejabat kerajaan dan pangsapuri peribadi pasangan Kirchner menggunakan beg, beg galas serta beg sandang.Cristina Kirchner menafikan semua tuduhan. Beliau yang kini berusia 72 tahun, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah atas satu lagi kes rasuah.Dua lagi perbicaraan terhadap bekas presiden itu dijangka bermula tahun depan. - Bernama-dpa  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description