Bank Islam tawar pembiayaan RM100 juta kepada kontraktor PAAB
1 hour ago
KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi menawarkan pembiayaan bernilai RM100 juta kepada kontraktor agensi kerajaan itu menjelang tahun 2026.Menurut kenyataan, kerjasama itu bertujuan untuk memperluas akses kepada kemudahan pembiayaan dan penyelesaian perbankan yang direka khas untuk kontraktor PAAB.Ia bagi membolehkan mereka melaksanakan kontrak yang diterima dengan lebih cekap serta memacu potensi pertumbuhan perniagaan masing-masing.Kerjasama tersebut menjadi langkah penting dalam menyokong agenda reformasi sektor air serta selaras dengan komitmen Bank Islam terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Malaysia menyasarkan untuk menurunkan kadar Air Tidak Terhasil kepada 28 peratus menjelang tahun 2030, sekali gus usaha itu sejajar dengan matlamat memperkukuh infrastruktur, pendigitalan dan kecekapan utiliti air.MoU berkenaan menyokong pelaksanaan projek berkaitan aset air di bawah RMK-13 dan Belanjawan 2026 termasuk pelaburan infrastruktur mampan, peningkatan kebolehpercayaan perkhidmatan serta pembiayaan sejajar dengan prinsip ESG.Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Institusi Bank Islam, Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir berkata, pemeteraian MoU itu mencerminkan komitmen strategik Bank Islam dalam menyokong keutamaan ESG negara dan membuka peluang pertumbuhan yang signifikan dalam sektor air."Dengan sasaran pembiayaan berjumlah RM100 juta untuk kontraktor PAAB pada tahun 2026, kami bersedia memainkan peranan penting dalam menyokong agenda pembiayaan pembangunan mampan."Selain pembiayaan, kerjasama ini memberikan pelanggan akses kepada modal kerja yang lebih cepat dan boleh dipercayai melalui pengesahan kontrak secara langsung dan mekanisme penyerahan pembayaran oleh PAAB," katanya.Sharifah Sarah berkata, kerjasama itu juga meningkatkan ketelusan, memperkemas proses dan menyokong penyelesaian projek tepat pada masanya dengan memastikan aliran dana yang cekap di seluruh rantaian bekalan."Ini mencerminkan komitmen kami dalam membantu pelanggan menyampai dan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dengan yakin," tambah beliau.Pemeteraian MoU itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Ir Zulkiflee Omar.Turut hadir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ketua Pegawai Kewangan PAAB, Zaleha Abdul Hamid serta Sharifah Sarah.Sementara itu, Ir Zulkiflee berkata, MoU tersebut menunjukkan pendekatan inovatif PAAB dalam menyokong pembangunan vendor dan memperkukuh kemampanan perniagaan kontraktor."Ia membolehkan kami merapatkan jurang kewangan yang dihadapi mereka melalui penyediaan skim pembiayaan sesuai yang membantu mengekalkan kestabilan aliran tunai serta memastikan projek dilaksanakan dengan lancar dan memenuhi tempoh yang ditetapkan," menurutnya.Maklumat lanjut mengenai program boleh didapati di laman sesawang korporat Bank Islam melalui pautan Procurement & Contract Financing – Bank Islam Malaysia Berhad atau di cawangan Bank Islam berhampiran di seluruh negara....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

