Amanz

1 day ago

Amanz
Harman Kardon Aura Studio 5 ialah pembesar suara Bluetooth nirwayar yang bukan sahaja menghasilkan bunyi berkualiti tinggi malah hadir dengan rekaan elegan yang sesuai dijadikan hiasan rumah. Ia boleh didapati di Malaysia pada harga RM1599.

Aura Studio 5 menyokong audio 360 darjah bersama bunyi bass yang mendalam menjadikannya pilihan ideal untuk pengalaman mendengar yang menyeluruh. Ia dilengkapi dengan teknologi Constant Sound Field, tweeter 25 mm, enam pemacu mid-range 40 mm dan subwoofer 143 mm. Gabungan komponen ini mampu menghasilkan output sehingga 160W dengan julat frekuensi antara 45Hz hingga 40kHz.

Pembesar suara ini boleh dikawal melalui aplikasi Harman Kardon One dan turut menyokong sambungan berbilang unit menerusi teknologi Aura cast. Secara lalai, ia hadir dengan lima tema pencahayaan menarik iaitu Ocean, Aurora, Blossom, Sunrise dan Fireplace. Semua tema turut boleh diubahsuai melalui aplikasi mudah alih Harman Kardon One.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description