Asia Tenggara ‘syurga’ industri scam, neraka hamba siber
1 hour ago
APA yang disangka peluang emas, rupa-rupanya pintu masuk ke neraka dunia. Di sebalik janji gaji lumayan, tersembunyi sebuah perangkap yang mampu menghancurkan hidup sesiapa sahaja dalam sekelip mata.Tawaran kerja dan janji manis ternyata hanyalah umpan menjerumuskan mangsa ke dalam lembah sengsara tanpa jalan keluar.Mereka akhirnya terjerat dalam cengkaman sindiket perhambaan siber dan buruh paksa yang berpusat di Asia Tenggara.Segala harapan untuk mengubah hidup musnah sekelip mata apabila dipaksa bekerja siang dan malam serta dikurung tanpa perikemanusiaan.Mereka hilang kebebasan, terputus hubungan dengan keluarga dan diperlakukan seperti barang dagangan tanpa nilai.Golongan itu sentiasa hidup dalam ketakutan, namun teriakan mereka meminta tolong hanya bergaung di balik dinding konkrit yang menjadi pusat operasi sindiket tersebut.Fenomena jenayah siber transnasional kini berkembang dengan kadar membimbangkan, merentasi sempadan dan benua serta menyasarkan mangsa di seluruh dunia.Ia meliputi penipuan kewangan, pelaburan maya dan ‘romance serta pig butchering scam’ yang menyebabkan kerugian besar serta menjejaskan kehidupan mangsa secara psikologi dan sosial.Sindiket jenayah global cuba memanfaatkan ketidakstabilan, ketidaktentuan ekonomi, kelemahan penguatkuasaan undang-undang di beberapa negara Asia Tenggara untuk menubuhkan dan mengembangkan pusat penipuan berskala besar yang dihuni ratusan ribu ‘hamba siber’.Myanmar, Kemboja dan Laos telah menjadi ‘syurga’ buat industri scam yang menjana hasil penipuan sehingga berbilion dolar.Kawasan sempadan yang bebas undang-undang menyebabkan operasi penipuan dalam talian meningkat lebih dua kali ganda di sepanjang perbatasan Thailand dan Myanmar sejak junta tentera melancarkan rampasan kuasa pada 2021.Dunia tidak lagi berdepan perhambaan moden semata-mata dan istilah itu dianggap sudah lapuk.Era ini menyaksikan bentuk eksploitasi baharu digelar sebagai perhambaan siber yang jauh lebih licik dan terselindung yang berkembang menjadi ‘industri global sofistikated’ yang beroperasi di scam factories (kompleks penipuan dalam talian).Modus operandi sindiket tersebut semakin profesional kerana mereka turut melatih ‘pekerja’, menyediakan skrip khusus dan menggunakan data mangsa secara sistematik.Pakar di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa situasi menggusarkan itu telah mencapai tahap krisis kemanusiaan dan mencabuli hak asasi manusia secara terang-terangan, tetapi masih gagal ditangani hingga kini kerana amalan korupsi melibatkan ‘orang dalam’.Kebanyakan hamba siber diculik dan dijual seperti barang di pasaran gelap kepada operasi penipuan lain yang muncul bagaikan cendawan selepas hujan dan semakin sukar dibendung.Mereka juga dipaksa bekerja tanpa henti selama 12-15 jam, dirantai di meja komputer dan diseksa termasuk menggunakan renjatan elektrik jika gagal mencapai ‘kuota’ ditetapkan selain berdepan penderaan mental yang teruk.Kegiatan gelap di sebalik operasi kompleks scam pernah didedahkan menerusi siasatan UN News pada tahun lalu yang mendapati bahawa aktiviti tersebut semakin berleluasa selepas pandemik Covid-19 dan Asia Tenggara menjadi hotspot utama bagi industri penipuan global.Setelah aktiviti itu mendapat perhatian komuniti antarabangsa, Thailand bertindak melancarkan respons tegas terhadap industri pusat scam tersebut dengan memotong bekalan elektrik, bahan api dan internet.Tentera Myanmar pula menyerbu kompleks berkenaan dan menahan lebih 2,100 individu serta merampas terminal internet Starlink.Kemboja juga melancarkan operasi serupa menyasarkan pusat scammer di seluruh negara yang membawa kepada penahanan 3,000 suspek dari 19 negara yang mana majoriti daripada mereka berasal dari China dan Vietnam.Pakar bagaimanapun berpendapat tindakan sedemikian hanya untuk meredakan keresahan orang ramai dan menangani masalah permukaan yang kompleks sedangkan sindiket penipuan dalam talian terus mengaut keuntungan besar.Industri tersebut berkemungkinan akan terus berkembang seperti barah tanpa penguatkuasaan global yang diselaraskan bagi menumpaskan rangkaian kewangan serta perekrutan 'hamba digital'.Pasukan khas AS jadi game changer?Peningkatan dramatik sindiket pusat penipuan dalam talian di Asia Tenggara menyebabkan Amerika Syarikat (AS) terpaksa campur tangan.Washington melihat jenayah siber itu tidak hanya memberi kesan kepada mangsa di rantau berkenaan malah ia mengakibatkan kerugian besar kepada warga AS.Pada bulan lalu, Washington mengumumkan penubuhan pasukan khas digelar Scam Center Strike Force di bawah Jabatan Kehakiman dan turut melibatkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Perkhidmatan Rahsia dan Jabatan Perbendaharaan yang bermatlamat untuk menumpaskan pusat scam yang berpusat di Asia Tenggara.Jabatan Negara AS juga menawarkan ganjaran sehingga AS$25 juta (RM103 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penahanan 'kepala penjenayah' transnasional yang terbabit dalam penipuan rakyat mereka.Usaha itu mungkin akan menjadi game changer (pemangkin perubahan) untuk melemahkan dan membanteras kegiatan scammer yang berleluasa di sempadan Thailand-Myanmar.Pakar percaya ia boleh berfungsi sebagai cetak biru terhadap usaha memerangi jenayah siber rentas sempadan.Peranan utamanya adalah untuk menjejak dan menahan individu serta entiti (syarikat) yang menjadi dalang sindiket penipuan dalam talian tersebut.Selain itu, pasukan khas tersebut diberi kuasa menyita infrastruktur penting seperti akaun media sosial, laman web, saluran kewangan dan aset termasuk mata wang kripto bagi memutuskan saluran penipuan dan pengubahan wang haram.Beberapa negara Asia Tenggara dikatakan menyambut baik inisiatif global tersebut dan bersetuju mempertingkatkan kerjasama keselamatan serta kawalan undang-undang.Sebahagiannya mungkin terpaksa akur dengan pembabitan AS dek tekanan yang semakin meningkat berikutan sindiket scammer telah menjadi ancaman global yang serius.Beralih operasi ke Timor LestePada September lalu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) memberi amaran Timor Leste menjadi hot spot baharu untuk pusat penipuan dalam talian setelah markas utama mereka di beberapa negara Asia Tenggara digempur.Rangkaian jenayah transnasional itu dikatakan berjaya menyusup masuk ke Wilayah Pentadbiran Khas Oecusse Ambeno melalui skim pelaburan asing.Oecusse merupakan enklaf Timor Leste yang terletak dalam provinsi Indonesia dan bersempadan dengan Laut Savu.Pemerintah menubuhkan zon perdagangan digital bebas pada Disember 2024, namun serbuan pada Ogos lalu membongkar kegiatan pusat penipuan dalam talian di wilayah tersebut.Seramai 30 individu termasuk warga Malaysia dan China ditahan di lokasi berkenaan.Status mereka bagaimanapun tidak diketahui sama ada ‘pekerja’ atau mangsa pemerdagangan manusia berikutan sebahagian daripadanya memiliki kelayakan peringkat universiti dan teknologi maklumat.Kumpulan jenayah biasanya mengambil peluang terhadap zon ekonomi khas yang diwujudkan untuk menarik pelaburan asing dengan menubuhkan perusahaan jenayah melalui ‘entiti hantu’.Tumpuan diberikan media dan penguatkuasaan undang-undang terhadap hotspot pusat scam telah menyebabkan mereka ‘berpindah’ ke lokasi baharu yang lebih terpencil seperti Dili.Ia sekali lagi menggunakan taktik serupa dengan menyasarkan negara sedang membangun untuk mengelak daripada dikesan di samping menyembunyikan kegiatan haram mereka menggunakan pelaburan yang sah.Info>Dianggarkan terdapat ratusan kompleks penipuan dalam talian berskala besar di seluruh dunia yang menjana puluhan bilion dolar dalam keuntungan tahunan.>Kemboja menjadi titik pusat untuk sindiket pemerdagangan manusia di Asia Tenggara selepas scammer yang bertapak di Myanmar berpindah merentasi sempadan ke negara itu selepas 2021. PBB mengenal pasti 17 kompleks scammer di seluruh Hanoi dan pusat terbesar dikesan Sihanoukville.>Selain itu bandar sempadan Poipet menjadi pusat strategik untuk rangkaian jenayah yang cuba menyusup masuk ke pasaran Thailand.>Amnesty International mengesan 53 pusat scam dan puluhan lagi kompleks yang disyaki terlibat aktiviti jenayah itu di Hanoi termasuk di ibu kota Phnom Penh.>Kemboja muncul sebagai hab penipuan global yang didalangi geng jenayah dari China menggunakan semula kasino dan hotel yang sudah tidak lagi beroperasi selepas pandemik Covid-19. Menurut data PBB, kira-kira 100,000 hamba siber dikurung dalam kompleks berkenaan.>Mangsa biasanya terdiri daripada pekerja migran yang ditawar gaji lumayan, dijanjikan kerja di pejabat selesa dan peluang kerjaya di luar negara.>Kebanyakan mangsa dari Asia, Afrika, Asia Barat dan Amerika Selatan direkrut melalui tawaran kerja iklan palsu dengan imbuhan menarik di media sosial.>Kajian Institut Keamanan Amerika Syarikat (AS) menganggarkan pusat scammer menjana pendapatan global sebanyak AS$63.9 bilion (RM263.5 bilion) setahun, majoriti daripada jumlah itu AS$39 bilion (RM161 bilion) diperoleh di Hanoi, Yangon dan Vientiane. Lebih 200,000 mangsa dipaksa menjadi 'hamba siber' di bawah sindiket tersebut. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

