KTPC dan SD Guthrie meterai MoU realisasi KHTP 2
1 hour ago
ALOR SETAR - Impian untuk merealisasikan pembangunan Kulim Hi-Tech Park 2 (KHTP 2) semakin hampir menjadi kenyataan apabila satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dan SD Guthrie Berhad pada Ahad.Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, sekali gus menandakan permulaan kepada usaha membangunkan taman perindustrian baharu di kawasan Estet Bukit Selarong, Kulim.Sanusi berkata, menerusi MoU tersebut, kedua-dua pihak akan menilai potensi pembangunan sehingga 1,000 ekar tanah milik Guthrie yang terletak dalam Koridor Perindustrian Kulim (KIC) dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 420 ekar.Menurutnya, tempoh MoU selama enam bulan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang merangkumi aspek perolehan dan pembangunan tanah, sumbangan kewangan, kelulusan kawal selia, pemasaran serta inovasi teknologi."MoU ini merupakan langkah awal ke arah pembentukan KHTP 2 yang akan menjadi kesinambungan kepada KHTP sedia ada. Ia juga menjadi titik mula kepada pelaksanaan projek yang telah lama dirancang," katanya.Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Pengerusi Guthrie, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani.KTPC diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Zaid Abdul Jalil manakala SD Guthrie diwakili Ketua Pegawai Pengurusan Tanah, Khairil Anuar Sadat Salleh.Sanusi yang juga Pengerusi KTPC berkata, keseluruhan kawasan yang dikenal pasti amat sesuai untuk pembangunan KHTP 2 kerana terletak berhampiran KHTP 1 dan berada dalam zon pertumbuhan pesat.Beliau turut menyatakan keterbukaan kerajaan negeri untuk meneroka kerjasama dengan mana-mana pemilik tanah melalui model usaha sama (JV) bagi memastikan manfaat bersama dapat dicapai."Kulim telah dikenal pasti sebagai kluster industri utama negeri ini. Justeru, semua aktiviti ekonomi berasaskan industri akan disalurkan ke daerah ini," katanya.Sementara itu, Nik Norzrul Thani berkata, kerjasama strategik ini selaras dengan aspirasi negara untuk muncul sebagai hab ekonomi dan teknologi bertaraf dunia.Menurutnya, kerjasama ini bertujuan memanfaatkan sumber tanah milik Guthrie serta kepakaran KTPC dalam pengurusan taman perindustrian selain menyokong pertumbuhan ekonomi Kedah dan aspirasi perindustrian negara," katanya."Selepas usaha sama di Negeri Sembilan melibatkan NS Corporation, serta di Johor dengan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd, kami berbesar hati menandatangani MoU ini di mana KTPC bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memainkan peranan penting dalam pembangunan industri di Kedah," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

