Moksulynie Herbs: Kisah kejayaan anak muda Jeli

1 hour ago

Moksulynie Herbs: Kisah kejayaan anak muda Jeli
DI sebuah kampung di Teluk Bayu, Belahat, Jeli, terselit sebuah perjalanan luar biasa seorang usahawan muda bernama Nur Azlyni Abdullah, anak bongsu daripada 10 beradik.Bermula hanya dengan beberapa produk herba yang dibawa Orang Asli Kampung Sungai Rual enam tahun lalu, beliau kini muncul sebagai pengasas Moksulynie Herbs, satu jenama akar kayu popular di TikTok, serta pemilik satu ‘homestay’ dan empat ‘roomstay’ di Kampung Berdang, Jeli.Perjalanan beliau bukan sekadar kisah berniaga, tetapi sebuah kisah kesungguhan, keberanian dan bagaimana seorang wanita kampung berjaya membina peluang ekonomi bukan hanya untuk keluarga malah untuk komuniti Orang Asli di kawasan itu.Segalanya bermula apabila Orang Asli membawa Raja Satong Sarang Semut, herba yang dipercayai membantu mengurangkan simptom barah dan penyakit kronik, kepada bapanya, Abdullah Md Nor, 68 tahun.Herba itu dijual secara kecil-kecilan, kemudian dipromosikan melalui Facebook dan sambutan yang diterima amat luar biasa.Azlyni mengimbas kembali bagaimana pelanggan dari seluruh Kelantan meminta penghantaran secara ‘cash on delivery’ (COD) sehingga keretanya penuh dengan pesanan setiap hari, di mana urusan penghantaran dibuat oleh beliau bersama bapanya kerana suaminya, Mohd Hamirul Hassan, pada waktu itu bekerja di Seremban.Daripada satu produk, pelanggan mula meminta akar kayu lain seperti Haji Samad dan pelbagai jenis teras kayu.Azlyni tidak menunggu lama untuk mendalami bidang tersebut dan belajar sendiri mengenai manfaat setiap tumbuhan melalui internet.Apabila permintaan meningkat, beliau mula menghasilkan pek kecil yang dijual pada harga RM20 sebelum mengembangkan perniagaan kepada pembuatan gelang teras kayu seperti kemuning hitam, gemugar kampung, gemugar bukit, ibor, raja kayu damar minyak, kemuning emas, kenaung dan celagi.Kesemua produk itu akhirnya dipasarkan lebih meluas melalui TikTok dan sehingga kini, beliau telah membuka lebih 20 akaun akibat sensitiviti platform tersebut terhadap jualan herba.Bapanya, Abdullah berkata, beliau telah mengenali dan bergaul rapat dengan masyarakat Orang Asli sejak lebih 40 tahun ketika datang membuka tanah di Jeli dari Kampung Gong Kala, Pasir Puteh.Hubungan erat itu kini berkembang menjadi rantaian ekonomi yang memberi manfaat kepada semua.Salah seorang pembekal, Salim, yang berusia 66 tahun menceritakan bagaimana beliau biasanya akan berjalan beberapa kilometer di dalam bukit sambil membawa mesin untuk mencari akar kayu sebelum dibekalkan kepada Moksulynie Herbs.Salim menyatakan rasa syukurnya kerana urusan jual beli berjalan dengan baik, bayaran diberikan tepat pada masanya dan kebajikan mereka sentiasa dijaga.Hubungan perniagaan ini turut menarik perhatian tokoh besar seperti Datuk Mustapha Mohamed, bekas Ahli Parlimen Jeli dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sering datang melawat kerana kagum melihat bagaimana Moksulynie Herbs berjaya membantu meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli tatkala beberapa projek kerajaan membabitkan masyarakat Orang Asli di situ sebelum ini tidak begitu berjaya.Hasil jualan herba yang memberangsangkan membolehkan Azlyni menyimpan modal untuk menceburi bidang baharu.Idea mendirikan ‘homestay’ dan ‘roomstay’ pula datang daripada suaminya yang melihat peluang besar berdasarkan tiga faktor penting.Pertama, Sukan Malaysia (Sukma) Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada 2028 bakal menarik ribuan atlet, pegawai dan pengunjung ke Jeli kerana kerajaan negeri kini sedang membina tujuh fasiliti sukan utama termasuk Kompleks Sukan Bandar Jeli yang merangkumi velodrom, padang bola, padang tenis, trek olahraga dan dewan tertutup.Kedua, Jeli sering mengalami kekurangan penginapan setiap kali musim pendaftaran dan konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli serta Sekolah Menengah Sains Jeli.Ketiga, kawasan strategik di Berdang yang berhawa sejuk serta mempunyai kemudahan kolam renang dan wifi menjadikan adanya permintaan terhadap ‘homestay’.Penginapan itu mula dibuka pada 20 September dan kadar yang ditawarkan ialah RM250 untuk satu malam homestay dan RM150 untuk ‘roomstay’.Dengan permintaan yang semakin meningkat, operasi Moksulynie Herbs kini melibatkan dua penjual TikTok tetap yang melakukan siaran langsung setiap hari serta lima staf dari kampung berdekatan yang bertanggungjawab memproses dan membungkus akar kayu.Menariknya, beberapa penjual TikTok yang bermula di bawah bimbingan beliau kini berjaya membuka perniagaan sendiri, sekali gus menunjukkan kejayaan model bisnes yang inklusif dan memberi peluang kepada ramai orang kampung.Azlyni turut merancang penambahan infrastruktur perniagaan dan beliau kini telah membeli tiga lot tanah di Belahat untuk membina rumah keluarga serta sebuah ibu pejabat baharu yang menempatkan bengkel pemprosesan akar kayu dan studio khas untuk sesi TikTok Live.Antara lainnya, Moksulynie Herbs menawarkan pelbagai produk akar kayu yang dipercayai mempunyai khasiat tersendiri.Antaranya ialah Raja Satong Sarang Semut yang mengandungi struktur seakan sarang semut dan kajian menunjukkan ekstraknya berpotensi merencat pertumbuhan bakteria serta beberapa jenis sel kanser selain membantu merawat resdung, bisul, kudis dan bengkak hati.Akar Kayu Haji Samad terkenal sebagai herba untuk tenaga dalaman lelaki selain membantu merawat sakit pinggang, kebas, sakit lutut, kencing tidak lawas dan lenguh badan.Herba Tengkuk Biawak pula digunakan untuk merawat masalah seperti buasir, berak berdarah dan masalah kencing.Selain itu, teras kayu ibor urat merah dipercayai mempunyai sifat perlindungan seperti melemahkan binatang berbisa, memagar rumah dan menghalang gangguan makhluk halus.Teras kemuning hitam pula digunakan untuk tujuan kesihatan termasuk merawat angin ahmar, batu karang, gout, darah tinggi, kencing manis, batuk, asma, buasir dan sakit busung.Sebagai anak paling bongsu daripada 10 beradik iaitu Rosidah, Roslitan, Rosdi, Roslina, Rokman, Ridhwan, Abdul Razak, Mohd Fadli dan Mohd Zukri, Azlyni tidak pernah berseorangan dalam membangunkan empayarnya.Suaminya sentiasa memberikan dorongan penuh kepadanya dan bapanya pula bukan sekadar penasihat tetapi turut membantu mendapatkan bekalan akar kayu daripada Orang Asli dan memastikan kualiti produk sentiasa terjaga.Kejayaannya juga menjadi inspirasi kepada adik-beradik lain, termasuk kakaknya, Roslina, seorang guru tadika, yang turut menjalankan jualan akar kayu secara sambilan di TikTok bersama anak-anaknya.Kisah Moksulynie Herbs membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya milik mereka yang berpelajaran tinggi atau berasal dari bandar besar.Kejayaan adalah milik mereka yang berani mencuba, sanggup belajar dan tidak takut gagal.Dari sebuah kampung di Jeli, Azlyni telah membina legasi yang mengangkat warisan herba tradisional ke dunia digital, memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung dan Orang Asli serta membantu memperkenalkan Jeli sebagai pusat herba.Beliau adalah contoh terbaik bahawa dengan usaha, semangat dan sokongan keluarga, anak muda kampung juga boleh mencapai kejayaan, apa lagi bila usaha begini mendapat bantuan agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description