Legenda udara: Kapten Lim aktif menyumbang selepas 50 tahun di kokpit
1 hour ago
SHAH ALAM - Lebih lima dekad memegang kawalan pesawat, bekas juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Lim Khoy Hing bukan asing dalam kalangan komuniti penerbangan negara malah terus menjadi rujukan dunia penerbangan walaupun kini mencecah usia 79 tahun.Figura berpengalaman luas itu menjadi tumpuan pada satu pertemuan santai sekumpulan juruterbang veteran di sebuah restoran Di Kayu SS2 di Petaling Jaya baru-baru ini, yang turut disertai bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik HussainPertemuan membabitkan enam juruterbang berusia antara 79 hingga 82 tahun itu membawa bersama hampir 300 tahun pengalaman gabungan dalam dunia penerbangan negara.Menurut Nik Ahmad Huzlan, beliau mengenali Khoy Hing lebih mesra dengan nama Kapten Lim sejak 48 tahun lalu ketika tokoh itu masih berkhidmat sebagai Mejar menerbangkan pesawat C130 Hercules di pangkalan udara Sg Besi."Walaupun sudah lebih setengah abad memegang yoke dan throttle, Kapten Lim masih kekal aktif menulis, menyumbang artikel kepada majalah dalam pesawat AirAsia," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Kapten Lim juga merupakan penulis dua buku penerbangan terlaris yang banyak membantu masyarakat memahami dunia aviasi dari kaca mata seorang juruterbang profesional.Pada pertemuan itu beliau turut menghadiahkan sebuah naskhah buku yang ditandatangani sendiri kepada Nik Ahmad Huzlan sebagai simbol hubungan yang terjalin sejak 1970-an.Selain Kapten Lim, kumpulan juruterbang yang hadir terdiri daripada bekas juruterbang tentera yang memulakan kerjaya lebih 60 tahun lalu, sebelum menyertai MAS, AirAsia dan Malindo.Sebahagian daripada mereka pernah mengendalikan pelbagai jenis pesawat daripada helikopter, pesawat pejuang sehingga pesawat besar empat enjin.Malah, ada antara mereka yang kembali bertugas sebagai pengajar simulator selepas bersara dalam memastikan ilmu dan pengalaman tidak putus kepada generasi baharu."Mereka bermula dengan pesawat yang teknologinya lebih ringkas daripada kereta berharga RM70,000 hari ini, tetapi mengakhiri tempoh perkhidmatan dengan kokpit dipenuhi skrin LED dan sistem automasi moden," jelas Nik Ahmad Huzlan.Kualiti kumpulan juruterbang veteran ini diiktiraf pada peringkat antarabangsa, dengan ramai antara mereka berupaya menyertai syarikat penerbangan premier dunia."Setiap seorang membawa sekurang-kurangnya setengah juta penumpang ke destinasi masing-masing dengan selamat, merentasi ribut tropika, taufan, salji dan cuaca panas gurun," jelasnya lagi.Nik Ahmad Huzlan berkata, tahap kompetensi tinggi adalah sebab mereka masih duduk makan bersama dan sebagai bukti kepakaran yang tidak boleh dipertikaikan.Walaupun ada yang sudah lebih sedekad tidak berjumpa, pertemuan itu berlangsung dengan suasana mesra, seakan mereka tidak pernah terpisah.Isteri Nik Ahmad Huzlan, seorang Pramugari Kanan selama 35 tahun, turut hadir sebentar dan mudah menyertai perbualan mereka menggambarkan rapatnya komuniti penerbangan negara.Mengulas mengenai pepatah "there are bold pilots and old pilots, but never old and bold pilots", Nik Ahmad Huzlan menegaskan ia adalah tidak tepat."Di hadapan saya hari itu, duduk sekumpulan juruterbang lama yang membuktikan mereka bukan sahaja berusia, tetapi juga berani dan tetap unggul," ujarnya.Beliau yang lebih muda lebih sedekad daripada kumpulan itu merasakan dirinya bertuah kerana diberi peluang untuk duduk bersama generasi legenda yang telah membina sebahagian besar sejarah penerbangan negara. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

