Perak tambah satu lagi penerbangan terus ke Singapura melalui Batik Air

1 hour ago

Perak tambah satu lagi penerbangan terus ke Singapura melalui Batik Air
IPOH - Perak menambah satu lagi penerbangan secara terus ke Singapura apabila Batik Air melancarkan laluan baharu Ipoh-Singapura bermula Isnin.Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Loh Sze Yee berkata, laluan baharu itu mencerminkan keyakinan tinggi Batik Air terhadap potensi Perak.Beliau menyifatkan, kerjasama bersama Batik Air hadir pada masa yang tepat ketika usaha memperkukuh kedudukan Ipoh sebagai pintu masuk antarabangsa."Singapura terus kekal sebagai penyumbang terbesar pelawat asing ke Malaysia dengan lebih 10 juta pengunjung direkodkan dalam separuh pertama tahun ini sahaja."Dengan adanya sambungan terus ini, kita membuka pintu lebih luas kepada penduduk Singapura dan pengembara yang transit melalui Singapura untuk menerokai warisan Perak yang kaya dengan keindahan alam semula jadi serta pengalaman budaya yang unik," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan ketibaan 73 penumpang penerbangan sulung Batik Air dari Singapura-Ipoh di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini.Sze Yee menegaskan bahawa kerajaan negeri menyokong penuh pelancaran laluan ini kerana ia memberikan manfaat nyata kepada ekonomi tempatan."Lebih banyak penerbangan bermakna lebih banyak peluang kepada sektor hotel, inap desa, agensi pelancongan, pengangkutan, perniagaan kecil, usahawan kreatif dan komuniti berkaitan pelancongan di seluruh Perak," katanya.Beliau menambah, matlamat kerajaan negeri bukan sahaja untuk menarik lebih ramai pelawat, tetapi juga menjadikan Ipoh sebagai hab pilihan bagi perjalanan antarabangsa jarak dekat."Kami berharap Batik Air akan memperluas laluan terus ke Ipoh pada masa akan datang, terutamanya ke pasaran utama yang menunjukkan permintaan tinggi terhadap pelancongan berkonsepkan budaya dan alam semula jadi," katanya.Sementara itu, dalam kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, laluan Ipoh-Singapura mencerminkan komitmen syarikat penerbangan itu untuk menghubungkan bandar-bandar Malaysia yang dinamik dengan pasaran serantau yang pesat berkembang.Katanya, ia juga boleh dijadikan strategi luas memperkukuh keterhubungan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menawarkan lebih banyak laluan terus dan mudah kepada pengembara di seluruh negara."Dengan melabur dalam laluan seperti Ipoh–Singapura, Batik Air menyasarkan menyokong pertumbuhan pelancongan jangka panjang, merangsang pembangunan serantau dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi bersambung baik dan bersedia untuk masa depan di Asia Tenggara," katanya.Selain Batik Air, syarikat penerbangan tambang rendah, Scoot turut menyediakan penerbangan harian Ipoh-Singapura di LTSAS bermula tahun lalu.Terdahulu, AirAsia mengumumkan menggantung operasi 17 perkhidmatan mereka termasuk laluan Ipoh-Singapura di LTSAS yang beroperasi sejak Disember 2018 bagi menyemak serta menyelaraskan operasi syarikat....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description