Lebih 1,000 anjing, kucing dimandulkan, Perak tambah peruntukan sekali ganda
1 hour ago
IPOH - Kerajaan Perak meningkatkan peruntukan bagi Perak Pawsitive Initiative daripada RM150,000 kepada RM300,000 sebagai langkah memperkukuh usaha jangka panjang menangani isu haiwan jalanan secara lebih sistematik dan berperikemanusiaan.Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng berkata, peningkatan peruntukan melalui Belanjawan 2026 itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memperluaskan pelaksanaan program pemandulan haiwan ke lebih banyak daerah.Menurutnya, dengan peruntukan sedia ada pada tahun ini, program pemandulan berjaya mencapai sasaran 1,000 ekor haiwan dengan lebih 500 daripadanya anjing."Pogram pemandulan berjaya dilaksanakan di lima lokasi utama khususnya di kawasan Kinta dan Kampar, namun permintaan daripada daerah lain seperti Taiping dan Manjung terus meningkat."Dengan pertambahan peruntukan diberikan, kita dapat memperluaskan program ke daerah-daerah lain yang turut berdepan isu haiwan jalanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perak Pawsitive Initiative 2025 di Dewan Megastar dekat Menglembu di sini pada Ahad.Hadir sama, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh mewakili Datuk Bandar Ipoh, Zuraidah Zakaria dan Pengerusi Mutts and Mittens, Chong CK.Sandrea berkata, menerusi Perak Pawsitive Initiative, pemilik haiwan hanya perlu membayar RM100 bagi pemandulan anjing dan RM80 bagi kucing, manakala baki kos ditanggung melalui subsidi kerajaan negeri."Pendekatan ini bukan sahaja meringankan beban pemilik, malah menggalakkan pemilikan haiwan yang lebih bertanggungjawab dan beretika," katanya.Dalam pada itu, Sandrea berkata, aplikasi Feeder Mapping yang diperkenalkan kerajaan negeri mula beroperasi berasaskan laman sesawang pada 1 Januari depan, sebelum dikembangkan ke fasa seterusnya.Ujarnya, program itu akan bermula di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan terbuka kepada komuniti feeder, NGO, sukarelawan serta individu yang terlibat secara langsung dalam kebajikan haiwan jalanan."Program ini bertujuan mengenal pasti lokasi tumpuan feeder agar perancangan pemandulan, pemantauan dan intervensi dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, sistematik dan berasaskan data sebenar."Usaha ini penting kerana tanpa data yang jelas, intervensi sering bersifat reaktif dan tidak berfokus," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

