Dua beradik berpakat bunuh bapa guna bisa ular demi insurans
1 hour ago
CHENNAI - Kematian seorang kakitangan sekolah kerajaan di negeri Tamil Nadu yang pada awalnya dipercayai berpunca daripada gigitan ular, akhirnya terbongkar sebagai satu pembunuhan terancang selepas polis mendapati mangsa didakwa dibunuh oleh dua anak lelakinya sendiri bagi menuntut pampasan insurans bernilai jutaan rupee.Mangsa, E P Ganesan, 56, seorang pembantu makmal di sebuah sekolah menengah kerajaan ditemui meninggal dunia di kediamannya di Kampung Pothatturpettai berhampiran Tiruttani pada 22 Oktober lalu.Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, dengan kesan gigitan pada bahagian leher sekali gus menyebabkan polis pada peringkat awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian akibat bisa ular.Bagaimanapun, siasatan lanjut dijalankan selepas sebuah syarikat insurans membangkitkan keraguan terhadap tuntutan pampasan yang dikemukakan keluarga mangsa.Hasil semakan mendapati mangsa dilindungi 11 polisi insurans dengan nilai keseluruhan mencecah 30 juta rupee (kira-kira RM1.37 juta), termasuk beberapa polisi bernilai tinggi yang diambil dalam tempoh singkat sebelum kematiannya, sekali gus menimbulkan syak wasangka.Susulan itu, polis menubuhkan satu pasukan siasatan khas dan mendapati kematian Ganesan sebenarnya adalah hasil perancangan rapi yang didakwa dilakukan oleh dua anaknya, Mohanraj, 29, dan Hariharan, 26, dengan bantuan empat individu lain.Menurut polis, cubaan pertama membunuh mangsa dilakukan kira-kira seminggu sebelum kejadian maut apabila seekor ular tedung dibawa masuk ke rumah dan dibiarkan menggigit kaki mangsa ketika beliau sedang tidur.Mangsa bagaimanapun terselamat selepas dikejarkan ke hospital.Tidak berputus asa, kedua-dua beradik itu didakwa merancang cubaan kedua dengan menggunakan ular berbisa yang lebih berbahaya.Pada awal pagi 22 Oktober, seekor ular jenis ular kapak Russell atau krait dibawa ke rumah mangsa dalam sebuah guni.Ketika mangsa sedang tidur nyenyak, ular itu sengaja dipaksa menggigit leher mangsa beberapa kali bagi memastikan kesan bisa yang cepat dan membawa maut.Polis turut mendapati wujud kelewatan mencurigakan sebelum mangsa dibawa ke hospital, selain ular tersebut dipercayai dibunuh di dalam rumah selepas kematian mangsa bagi menghapuskan bukti dan menguatkan gambaran kematian akibat kemalangan.Siasatan kewangan pula mendapati seorang daripada suspek didakwa membayar 150,000 rupee (sekitar RM 6,759 ) kepada rakan subahat untuk melaksanakan perbuatan itu, termasuk melalui pindahan wang digital dan bayaran tunai.Kesemua enam suspek, termasuk dua beradik berkenaan dan empat rakan subahat, kini direman bagi membantu siasatan lanjut.Polis turut merampas beberapa kenderaan dan telefon bimbit sebagai bahan bukti.Pihak berkuasa memaklumkan kes itu berjaya dibongkar hasil siasatan menyeluruh melibatkan analisis kewangan, rekod komunikasi serta siasatan lapangan, sekali gus mendedahkan bagaimana satu kematian yang kelihatan sebagai tragedi biasa sebenarnya dirancang untuk mengaut keuntungan insurans. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

