Amanz

1 day ago

Amanz
LG pada acara CES 2026 kini robot pembantu untuk tugasan rumah, dinamakan LG CLOiD. Ia direkabentuk dengan integrasi bersama pelbagai perkakasan LG yang lain di rumah, sekaligus membolehkan ia mengawal melalui integrasi bersama.

Pada demo yang dipertontonkan di CES 2026, LG memperlihatkan keupayaan untuk robot ini mengambil makanan dari peti sejuk, membasuh baju, mengawal pendingin hawa, dan juga melipat pakaian. Walaubagaimanapun, daripada apa yang dipertontonkan, ia bergerak agak perlahan – namun mungkin sesuai sekiranya anda berada di pejabat, dan robot ini melakukan tugasan di rumah.

LG merekabentuk CLOiD ini dengan bahagian wajah yang dilengkapi skrin, dua tangan, dan kaedah berjalan menggunakan roda. LG mengatakan setiap tangannya mempunyai tujuh darjah kebebasan dalam bergerak dan beroperasi.

Secara tidak langsung, LG CLOiD ini juga dilihat sebagai sebuah hab untuk kawalan rumah pintar, menghubungkan semua produk dan perkakasan LG melaluinya.

Buat masa ini, LG sekadar mengatakan mereka ingin terus membangunkan robot untuk membantu tugasan rumah, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak penambah-baikkan pada versi-versi akan datang.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description