Amanz
1 day ago

Ia hadir dengan skrin sesentuh 16” 3K OLED, 120Hz dan nisbah 16:10. Ini dipadankan pula dengan pilihan cip Snapdragon X2 Elite Extreme atau Snapdragon X yang dilengkapi GPU Adreno dan NPU 80 TOPS untuk tugasan AI. Memori pula adalah sehingga 48GB LPDDR5X, storan sehingga 2TB PCIe 4.0 x4 NVMe M.2 SSD dan bateri pula 70Wh dengan pengecasan sehingga 130W USB-C.

Pilihan I/O ialah 2x USB4, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x HDMI 2.1 (TMDS), 1x bicu audio 3.5 mm dan 1x pembaca kad SD. Terdapat juga kamera 1080p 3DNR IR dengan Windows Hello, WiFi 7 dan enam speaker dengan Dolby Atmos.
Zenbook A16 diperbuat daripada bahan Ceraluminum yang ringan tetapi masih tahan lasak. Hasilnya komputer riba yang besar ini hanya seberat 1.2 kilogram. Ia lebih ringan berbanding MacBook Air M5 (1.24 kg) dan MacBook Air 15 M4 (1.51 kg). Harga jualan ASUS Zenbook A16 (UX3607OA) dan ASUS Zenbook A16 (UX3607QA) belum lagi diumumkan.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

