Amanz

1 day ago

Amanz
Lenovo Legion Go 2 ialah konsol mudah alih Windows 11 yang September tahun lalu. Ia antara peranti kegemaran saya untuk tahun 2025 kerana menawarkan skrin yang besar serta prestasi sangat memuaskan. Hari ini Lenovo Legion Go 2 dilancarkan sekali lagi tetapi dengan sistem operasi baharu SteamOS. Ia akan dijual bermula bulan Jun depan pada harga bermula $1,199 (~RM 4863) yang lebih murah berbanding versi Windows.

Ia masih dilengkapi spesifikasi sama iaitu skrin OLED WUXGA 8.8-inci (1920 x 1200 piksel) dengan nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 500 nits dan pensijilan VESA TrueBlack 1000. Ini dipadankan dengan cip AMD Ryzen Z2 Extreme, memori 32GB RAM LPDDR5X dan storan SSD PCIe Gen 4 sehingga 2TB.

Bateri pula sebesar 74Whr dengan sokongan pengecasan pantas Super Rapid Charge 65W. Ciri tambahan lain termasuk pembesar suara terbina 2 x 2W, sambungan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3. Pilihan sambungan disediakan seperti USB Type-C, pembaca kad microSD dan bicu audio 3.5mm.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description