Bekas Menteri Pendidikan Indonesia didakwa rasuah, rugikan negara RM527 juta

1 day ago

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia didakwa rasuah, rugikan negara RM527 juta
JAKARTA - Bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Anwar Makarim, didakwa secara rasmi di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat pada Isnin, atas tuduhan rasuah berkaitan perolehan komputer riba Chromebook yang didakwa mengakibatkan kerugian negara mencecah 2.18 trilion rupiah (kira-kira RM527 juta).Pendakwaan itu membabitkan program pembelian ribuan komputer riba oleh Kementerian Pendidikan antara tahun 2020 hingga 2022, yang didapati gagal memberi manfaat berkesan khususnya di kawasan pedalaman serta wilayah dengan liputan internet terhad.Pendakwa Raya, Roy Riady berkata, proses perolehan peralatan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) itu tidak mematuhi keperluan perancangan perolehan serta prinsip asas tadbir urus yang baik."Tertuduh melakukan perbuatan ini secara bersama dengan Ibrahim Arief, Mulyatsyah, Sri Wahyuningsih dan Jurist Tan," katanya ketika membacakan pertuduhan, merujuk kepada beberapa bekas pegawai kanan kementerian dan seorang perunding teknologi yang turut dinamakan sebagai tertuduh bersama.Menurut pihak pendakwaan, kerugian negara dianggarkan berjumlah kira-kira 1.56 trilion rupiah (RM377 juta) membabitkan program pendigitalan pendidikan, selain 621.39 bilion rupiah (RM150 juta) hasil perolehan lesen pengurusan peranti Chrome yang didakwa tidak diperlukan serta gagal memberi nilai tambah kepada program berkenaan.Pendakwaan turut mendakwa Nadiem menerima dana berjumlah 809.59 bilion rupiah (kira-kira RM195 juta) daripada syarikat PT Aplikasi Karya Anak Bangsa, iaitu syarikat induk Gojek yang turut diasaskannya.Hasil siasatan mendapati Nadiem didakwa memulakan inisiatif perolehan Chromebook bersama Ibrahim Arief selaku perunding teknologi, selain Mulyatsyah dan Sri Wahyuningsih yang ketika itu berkhidmat sebagai pengarah di Direktorat Jeneral Pendidikan Rendah dan Menengah, serta Jurist Tan, bekas pegawai khas menteri.Bagaimanapun, pendakwaan menegaskan spesifikasi teknikal serta penilaian keperluan perolehan tidak disandarkan kepada analisis menyeluruh terhadap keperluan sebenar sistem pendidikan rendah dan menengah Indonesia, sekali gus menyumbang kepada kegagalan pelaksanaan program itu, khususnya di wilayah terpencil dan kurang membangun.Selain itu, penentuan harga seunit serta peruntukan bajet bagi tahun kewangan 2020 didakwa dibuat tanpa kajian pasaran munasabah atau sokongan data yang boleh dipertanggungjawabkan. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description