Amanz

1 day ago

Amanz
Penggunaan kenderaan elektrik di seluruh dunia dijangka akan semakin meningkat, dan dengannya terdapat banyak perbincangan mengenai teknologi bateri yang menguasakan kenderaan-kenderaan ini.

Kini, rata-rata kebanyakan jenama pembuat kenderaan elektrik menggunakan bahan litium-ion untuk bateri-bateri mereka, tetapi ini nampaknya akan berubah tidak lama lagi, apabila Donut Lab, sebuah syarikat teknologi bateri memperkenalkan penawaran bateri keadaan pepejal (solid-state battery) mereka untuk industri automotif dalam masa terdekat ini.

Bateri keadaan pepejal yang ditawarkan oleh Donut Lab hadir dengan kapasiti 400WHr untuk setiap kilogram, dan menggunakan pengecasan DC, boleh dicas dari kosong ke penuh dalam masa lima minit sahaja, menjadikan pengecasan perlahan bukan lagi satu isu dengan kenderaan tersebut.

Bukan itu sahaja, bateri keadaan pepejal ini juga boleh beroperasi dalam suhu ekstrim dengan tiada isu rosak. Donut Lab mengatakan bahawa bateri mereka boleh beroperasi dalam julat suhu -30 darjah Celcius dan 100 darjah Celcius dan mampu menyimpan 99 peratus daripada cas, dan tidak akan menghadapi isu letupan atau pembakaran elektrik kerana ia tidak menggunakan bahan mudah terbakar seperti litium ataupun cecair elektrolit yang juga sensitif terhadap perubahan suhu.

Lebih penting lagi, bateri keadaan pepejal ini sudahpun mula dihasilkan untuk menguasakan kenderaan Verge Motorbikes yang termasuklah model motorsikal elektrik Verge TS Pro dan Verge TS Ultra yang akan dilancarkan dalam suku pertama 2026.

Donut Lab turut mengatakan bahawa bateri-bateri keadaan pepejal mereka kini sedia untuk dihasilkan secara besar-besaran untuk pelbagai jenis kenderaan elektrik yang memerlukannya.

Donut Lab ]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description