Amanz

1 day ago

Amanz
Apabila bercakap mengenai kilang pengeluaran cip semikonduktor, ruang-ruang yang menghasilkan, menguji dan mempakejkan cip-cip ini secara lazimnya dinamakan “clean room” atau bilik bersih. Kebersihan adalah satu aspek yang sangat dititikberatkan kerana sebarang kotoran pada tahap mikroskopik boleh menyebabkan komponen-komponen yang dibina rosak atau tidak menepati piawaian pengeluaran.

Elon Musk, pemilik pelbagai syarikat teknologi seperti X, xAI, Tesla, Starlink dan sebagainya dilaporkan mahu membangunkan kilang pengeluaran cip pemprosesannya sendiri, dan mengatakan bahawa ia boleh dilakukan tanpa terlalu memberi penekanan terhadap aspek kebersihan clean room.

Beliau mengatakan bahawa Tesla akan membangunkan kilang pengeluaran cip 2nm mereka tersendiri, dan akan membuktikan bahawa beliau boleh memakan burger dan menghisap curut dalam kilang tersebut, dan ia masih akan boleh menghasilkan cip pemprosesan tanpa masalah.

Elon – “I think they’re getting clean rooms wrong in these modern (chip) fabs. I’m going to make a bet here, that

Kebersihan dalam kilang-kilang semikonduktor ialah salah satu aspek yang sangat dititikberatkan, dan mempunyai tahap piawaian ISO tersendiri bergantung kepada jenis cip semikonduktor yang sedang dihasilkan.

Sebagai contoh, clean room dengan piawaian ISO Class 1 hanya boleh mempunyai 10 zarah sebesar 0.1 µm dalam setiap 1 meter padu udara, manakala clean room dengan piawaian ISO Class 2 membenarkan sehingga 100 zarah dengan saiz sama dalam lingkungan udara yang sama.

Untuk pengeluaran cip semikonduktor menggunakan proses terbaru seperti 2nm, piawaian ISO Class 1 dan Class 2 akan diperlukan secara lazimnya. Oleh kerana ini, ia agak sukar untuk mempercayai apa yang dikatakan oleh Elon Musk tentang fasal kebersihan dalam kilang.

Tesla mungkin akan membuka kilang cip semikonduktor mereka sendiri supaya mereka boleh menghasilkan komponen-komponen yang diperlukan di masa hadapan, tetapi jika piawaian-piawaian tertentu tidak dijaga, ia tidak diketahui bagaimana mereka boleh menghasilkan cip-cip mereka sendiri.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description