Amanz

1 day ago

Amanz
Teknologi internet nirwayar WiFi 8 tidak dijangka akan diperkenalkan secara meluas sehingga tahun 2028. Malah, piawaian untuk teknologi internet tersebut belumpun disahkan lagi, dan masih banyak aspek mengenai penggunaan spektrum dan sebagainya yang masih perlu diperhalusi.

Walaupun begitu, ia tidak menghentikan syarikat-syarikat tertentu seperti ASUS untuk memperlihatkan penawaran akan datang mereka di acara teknologi besar seperti CES 2026. Di reruai mereka, ASUS telah memperlihatkan produk konsep penghala WiFi8 mereka sendiri yang dinamakan ASUS ROG NeoCore Wi-Fi 8 Router.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai penghala WiFi ASUS ROG NeoCore ini buat masa ini, tetapi apa yang pasti ialah ia menyokong rangkaian tri-band dan mempunyai julat sokongan peranti-peranti yang lebih besar, sesuai untuk mereka yang mahu membina sebuah rumah pintar dengan banyak peranti-peranti berhubung dengan jumlah yang banyak.

Seperti yang dikatakan, penghala ASUS ROG Neocore ini merupakan sebuah penghala konsep kerana piawaian WIFi8 belum dimuktamadkan lagi. Akan tetapi, terdapat juga kemungkinan bahawa ASUS masih akan memperkenalkan sebuah produk baru berdasarkan teknologi-teknologi ini tidak lama lagi.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description